Pages

Saturday, 16 July 2011

isu sanggul yang perlu korang peduli (wanita)

aku bertudung aku BAIK, kau tak bertudung kau JAHAT! III

alhamdulillah, entry aku mendapat respons yang terbaik. terima kasih peeps! ^^,

masa mula-mula aku nak post entri ni, banyak yang aku fikir. ada yang positif juga negatif. sebagai seorang pelajar U, aku tahu, setiap apa yang kita lakukan sama ada baik mahupun buruk pasti ada yang akan diperkatakan.
hari ni, aku nak citer pasal gelagat awek bertudung dan tak bertudung.



tolong ambil iktibar kat sini ok.


awek bertudung berjalan lenggang lenggok menuju ke suatu tempat. gerak geri-nya dilihat oleh awek yang tak bertudung. dalam hati awek yang tak bertudung terdetik, alangkah bagusnya jika aku jua memakai tudung. mungkin aku boleh mula perlahan-lahan.
sambil memerhati awek bertudung itu, dia niat nak bertegur dengan awek tersebut. namun, dibiarkannya dahulu kerana, dia ingin melihat lebih jauh perwatakkan gadis itu.
awek bertudung berjalan ke arah kawan-kawan-nya , masing-masing tersipu-sipu melihat kawannya.
nak dijadikan cerita, gelagat mereka yang penuh keayuaan menarik minat awek tak bertudung untuk menjadi seperti mereka. dengan drastik-nya, dia menegur awek bertudung itu.

Assalammualaikum,
Waalaikummusalam,

maaf, ganggu, boleh saya berkawan dengan awak? kata awek tak bertudung.
apa? berkawan dengan kami? jawab salah seorang kawan awek bertudung tadi.

'awak ni hilang akal ke apa? tak mungkin ahli syurga seperti kami mahu berkawan dengan ahli neraka jahanam seperti awak!' (betul tu! betul! sahut kawannya yang lain)

dalam amarah awek tak bertudung ini berkata,
'wah, sungguh indah bahasa ahli syurga, beginikah caranya anda berkata-kata disyurga? biarpun saya ahli neraka jahanam, sayan tidak menyusahkan sesiapa. tujuan saya menegur kamu adalah untuk memohon pertolongan kamu, membimbing saya ke jalan syurga tapi saya salah menilai kamu! ya, saya serba kekurangan tak semestinya selama-lamanya hanyut dalam kepanasan api neraka! saya hanya tersesat jalan dan ingin berubah juga memerlukan pertolongan kalian. kalau begini cara kalian berkawan, saya rela sesat selamanya! patut lah manusia sering mengatakan bahawa mereka itu bertudung namun hanya sandiwara semata apabila mereka tidak menjaga aurat mereka sebaiknya!'

'aurat apa? kami menutup aurat kami! kami bertudung labuh menutup paras dada. pakaian kami juga longgar!'

'benar! tapi kamu tidak menjaga akidah kamu. pertuturan kamu. juga pertalian sesama muslim! bagaimana kamu nak saya atau mereka yang tidak bertudung itu mengikuti langka kamu bertudung jika belum apa-apa kamu sudah menindas mereka?? dimana hak mereka untuk bertanya dan berkata-kata?? dimana??'


lantas semunya terdiam membisu kaku seribu bahasa. ya. kini, logik akal mereka telah berkata-kata. namun sudah terlambat apabila awek tak bertudung tadi melangkah pergi dengan perasaan marah. andai mereka boleh putarkan masa sekali lagi. mungkin awek tak bertudung tu akan menjadi salah seorang seperti mereka iaitu bertudung.

anda nampak apa yang aku cuba sampaikan?


original post by : cik MM semata

aku bertudung aku BAIK, kau tak bertudung kau JAHAT! II

lagi entri ni. ape ni? takde topik lain ke ape?
ok,fine. lagi pasal aku baik kau jahat. perlu ke?
bak kata anwar hadi , 'youuu don't havee toooo'.bad-mouthing or something like that.'

see?
itu yang aku cuba sampaikan. kau benci dia sampai sanggup masuk bakul angkat sendiri. sekali lagi, tak malu ke?

ini cara memakai tudung dengan betul? wrong. ini cara menutup aurat dengan betul.
pertama sekali baju. longgar, longgar,longgar dan masih lagi longgar melainkan kau tu gemuk macam aku. terus terang aku katakan , susah nak cari baju saiz besar dan murah lagi-lagi hidup sebagai pelajar. memang susah walau kau cari dekat peace pun belum tentu kau mampu beli.

kalau kau pakai seluar dan bukan leggings, masih lagi perlu longgar. ape? ketat tu bagus la? jangan jadi plastik la.
bukan ke tak elok pakai ketat-ketat.

seterusnya tudung. kau nak bergaya sakan pun jangan lupa dimana harus tudung tu berada dan menutupi ape?

salah bila kau kata , woi, tudung tutup kepala la apa lagi?
definisi bertudung ialah, menutup rambutmu, lehermu dan dadamu. sebab tu kau ditindas dikeji dan sebagainya. sebab ape? tak mengikut piawaian , undang-undang yang telah ditetap-kan. dan sebab tu jugak cara kau bertudung tu sering kali dipersoal.

..kau ni bertudung ke?
yela, kenapa..?
..ke berfesyen?
tu pun ye gak...

habis macam mana? nak tegur takut terasa hati tak tegur dah dikira BERSUBAHAT!
kan ke , kewajipan kita menegur sesama islam. kalau tak mampu mintak orang lain tegurkan. tapi lebih elok lagi kita tegur sendirikan? kan ke molek ,gitu. ^^,



original post by : cik MM semata

aku bertudung aku BAIK, kau tak bertudung kau JAHAT!

aku bold-kan ape yang aku cuba nak sampaikan eh.

Tolong BERHENTI menilai seseorang dari segi sehelai kain yang menutup mahupun tidak menutup aurat mereka.

aku taip secara terus ke mata kau eh, kalau kau nak terus-menerus judging people macam ni, jangankan 1 malaysia, 1 kaum pun tak layan.

ok, kau nak suruh kawan kau bertudung konon kata bertudung ni baik sangat la. tengok ni ape jawapan aku,
ia-nya tak menampak-kan kau baik langsung cuma nampak lebih dihormati sebab kau menutup aurat.

sakit hati? belum habis lagi.
aku da lama nak post entri ni tapi asyik terrrrr-lupa. ok. next.
kenapa aku tak suka orang asyik cakap aku bertudung aku baik, kau?
hell-o, babes.
yang bertudung tu hah, berdating kat gazebo malam-malam , ada kau tegur? kau galak-kan lagi ada la.
yang tak bertudung pandai pulak kau kondem tahap gaban?
yang bertudung tu hah, pehhhh. pakai baju nampak segala bagai disebalik secebis kain tu (tak cukup kain la)
takde pulak kau tegur.

' dik, akak nak tegur sikit ni, baju adik ni lawa sampai nampak segala bagai kat dalam tu. esok jangan pakai lagi baju ni ek, atau pakai la singlet kat dalam tu. da dapat dosa kering kat situ ye,dak?'

cuba kalau yang tak bertudung?

'wehh, kau tak malu ke tayang tuttttt* kat public ni? malu la sket kau tu da la pelajar tuttt* buat malu jela.
tu baju tu, takde singkat lagi? lain kali pakai bikini jek doe. hah, amek kau seksi maut kot.'

nampak tak perbezaan dia?
aku tak text yang aku suka sangat kau,kau,kau tak bertudung. tapi yang aku tekankan kat sini, nak tegur tu agak-agak la. ni tak. sampai label-kan diri-sendiri baik. tak malu ke?

yang konon-nya baik tu aku tengok, tak senonoh jek lebih. memang kau bertudung tapi tengok tu, lengan nampak, pakai baju lengan pendek. ape tu? bukan ke seolah-olah kau telanjang tu? cuba pakai cardingan ke. hah? ketat? pakai la yang besar. hah? nampak gemuk pulak? habis nak nampak kecik la? tak kisah langsung pasal dosa sume tu?
ok. go ahead.

pakai baju lengan panjang. tak nak? rimas? macam ustazah? cliche la jawapan kau.
habis nak pakai ape? bikini lepas tu bertudung? that's fashion not legal in islam.

cara betul bertudung? salah fakta tu!
sepatutnya, cara betul menutup aurat. hah,amek kau.
kelakar tengok setiap persepsi manusia ni.
'heyy, kalau aku bertudung nanti aku tak dapat bercakap dengan lelaki la.'
tengok? pemikiran cetek manusia.

najwa latiff kena kritik sebab dia menyanyi. kenapa? salah ke dia menyanyi? tak salah. mereka tegur sebab sayang bukan benci. suara tu aurat, dah la bertudung, menyanyi pulak tu. kan ke dosa tu?
memang, tapi tu hak masing-masing kan. dia rasa nak nyanyi, lantak dia la. kau da tegur-kan? perlu ke bising-bising lagi?

definisi suara tu aurat. setakat kau nak bercakap dengan lelaki,tak ada masalah der. cakap la. tapi tak payah la nak gedik-gedik, manje-manje, sampai jadi perkara lain. itu yang jatuh dosa. kalau ikut-kan memang suara perempuan tu aurat kalau dia nyanyi bukan bercakap dengan lelaki LOL.

banyak lagi yang aku nak taip kat sini. nanti aku sambung lagi. entri ni untuk bukak mata hati korang yang suka sangat tunding jari kat dia dia dia last-last balik kat korang jugak-kan?



original post by : cik MM semata

Friday, 15 July 2011

blog baru?

ye, sebab blog lama tak dapat nak follow orang. kesian pada mereka-mereka yang dah follow aku tapi aku tak mampu nak follow balik. ^^,