Pages

Saturday, 16 July 2011

aku bertudung aku BAIK, kau tak bertudung kau JAHAT!

aku bold-kan ape yang aku cuba nak sampaikan eh.

Tolong BERHENTI menilai seseorang dari segi sehelai kain yang menutup mahupun tidak menutup aurat mereka.

aku taip secara terus ke mata kau eh, kalau kau nak terus-menerus judging people macam ni, jangankan 1 malaysia, 1 kaum pun tak layan.

ok, kau nak suruh kawan kau bertudung konon kata bertudung ni baik sangat la. tengok ni ape jawapan aku,
ia-nya tak menampak-kan kau baik langsung cuma nampak lebih dihormati sebab kau menutup aurat.

sakit hati? belum habis lagi.
aku da lama nak post entri ni tapi asyik terrrrr-lupa. ok. next.
kenapa aku tak suka orang asyik cakap aku bertudung aku baik, kau?
hell-o, babes.
yang bertudung tu hah, berdating kat gazebo malam-malam , ada kau tegur? kau galak-kan lagi ada la.
yang tak bertudung pandai pulak kau kondem tahap gaban?
yang bertudung tu hah, pehhhh. pakai baju nampak segala bagai disebalik secebis kain tu (tak cukup kain la)
takde pulak kau tegur.

' dik, akak nak tegur sikit ni, baju adik ni lawa sampai nampak segala bagai kat dalam tu. esok jangan pakai lagi baju ni ek, atau pakai la singlet kat dalam tu. da dapat dosa kering kat situ ye,dak?'

cuba kalau yang tak bertudung?

'wehh, kau tak malu ke tayang tuttttt* kat public ni? malu la sket kau tu da la pelajar tuttt* buat malu jela.
tu baju tu, takde singkat lagi? lain kali pakai bikini jek doe. hah, amek kau seksi maut kot.'

nampak tak perbezaan dia?
aku tak text yang aku suka sangat kau,kau,kau tak bertudung. tapi yang aku tekankan kat sini, nak tegur tu agak-agak la. ni tak. sampai label-kan diri-sendiri baik. tak malu ke?

yang konon-nya baik tu aku tengok, tak senonoh jek lebih. memang kau bertudung tapi tengok tu, lengan nampak, pakai baju lengan pendek. ape tu? bukan ke seolah-olah kau telanjang tu? cuba pakai cardingan ke. hah? ketat? pakai la yang besar. hah? nampak gemuk pulak? habis nak nampak kecik la? tak kisah langsung pasal dosa sume tu?
ok. go ahead.

pakai baju lengan panjang. tak nak? rimas? macam ustazah? cliche la jawapan kau.
habis nak pakai ape? bikini lepas tu bertudung? that's fashion not legal in islam.

cara betul bertudung? salah fakta tu!
sepatutnya, cara betul menutup aurat. hah,amek kau.
kelakar tengok setiap persepsi manusia ni.
'heyy, kalau aku bertudung nanti aku tak dapat bercakap dengan lelaki la.'
tengok? pemikiran cetek manusia.

najwa latiff kena kritik sebab dia menyanyi. kenapa? salah ke dia menyanyi? tak salah. mereka tegur sebab sayang bukan benci. suara tu aurat, dah la bertudung, menyanyi pulak tu. kan ke dosa tu?
memang, tapi tu hak masing-masing kan. dia rasa nak nyanyi, lantak dia la. kau da tegur-kan? perlu ke bising-bising lagi?

definisi suara tu aurat. setakat kau nak bercakap dengan lelaki,tak ada masalah der. cakap la. tapi tak payah la nak gedik-gedik, manje-manje, sampai jadi perkara lain. itu yang jatuh dosa. kalau ikut-kan memang suara perempuan tu aurat kalau dia nyanyi bukan bercakap dengan lelaki LOL.

banyak lagi yang aku nak taip kat sini. nanti aku sambung lagi. entri ni untuk bukak mata hati korang yang suka sangat tunding jari kat dia dia dia last-last balik kat korang jugak-kan?



original post by : cik MM semata

No comments: