Pages

Saturday, 16 July 2011

aku bertudung aku BAIK, kau tak bertudung kau JAHAT! III

alhamdulillah, entry aku mendapat respons yang terbaik. terima kasih peeps! ^^,

masa mula-mula aku nak post entri ni, banyak yang aku fikir. ada yang positif juga negatif. sebagai seorang pelajar U, aku tahu, setiap apa yang kita lakukan sama ada baik mahupun buruk pasti ada yang akan diperkatakan.
hari ni, aku nak citer pasal gelagat awek bertudung dan tak bertudung.



tolong ambil iktibar kat sini ok.


awek bertudung berjalan lenggang lenggok menuju ke suatu tempat. gerak geri-nya dilihat oleh awek yang tak bertudung. dalam hati awek yang tak bertudung terdetik, alangkah bagusnya jika aku jua memakai tudung. mungkin aku boleh mula perlahan-lahan.
sambil memerhati awek bertudung itu, dia niat nak bertegur dengan awek tersebut. namun, dibiarkannya dahulu kerana, dia ingin melihat lebih jauh perwatakkan gadis itu.
awek bertudung berjalan ke arah kawan-kawan-nya , masing-masing tersipu-sipu melihat kawannya.
nak dijadikan cerita, gelagat mereka yang penuh keayuaan menarik minat awek tak bertudung untuk menjadi seperti mereka. dengan drastik-nya, dia menegur awek bertudung itu.

Assalammualaikum,
Waalaikummusalam,

maaf, ganggu, boleh saya berkawan dengan awak? kata awek tak bertudung.
apa? berkawan dengan kami? jawab salah seorang kawan awek bertudung tadi.

'awak ni hilang akal ke apa? tak mungkin ahli syurga seperti kami mahu berkawan dengan ahli neraka jahanam seperti awak!' (betul tu! betul! sahut kawannya yang lain)

dalam amarah awek tak bertudung ini berkata,
'wah, sungguh indah bahasa ahli syurga, beginikah caranya anda berkata-kata disyurga? biarpun saya ahli neraka jahanam, sayan tidak menyusahkan sesiapa. tujuan saya menegur kamu adalah untuk memohon pertolongan kamu, membimbing saya ke jalan syurga tapi saya salah menilai kamu! ya, saya serba kekurangan tak semestinya selama-lamanya hanyut dalam kepanasan api neraka! saya hanya tersesat jalan dan ingin berubah juga memerlukan pertolongan kalian. kalau begini cara kalian berkawan, saya rela sesat selamanya! patut lah manusia sering mengatakan bahawa mereka itu bertudung namun hanya sandiwara semata apabila mereka tidak menjaga aurat mereka sebaiknya!'

'aurat apa? kami menutup aurat kami! kami bertudung labuh menutup paras dada. pakaian kami juga longgar!'

'benar! tapi kamu tidak menjaga akidah kamu. pertuturan kamu. juga pertalian sesama muslim! bagaimana kamu nak saya atau mereka yang tidak bertudung itu mengikuti langka kamu bertudung jika belum apa-apa kamu sudah menindas mereka?? dimana hak mereka untuk bertanya dan berkata-kata?? dimana??'


lantas semunya terdiam membisu kaku seribu bahasa. ya. kini, logik akal mereka telah berkata-kata. namun sudah terlambat apabila awek tak bertudung tadi melangkah pergi dengan perasaan marah. andai mereka boleh putarkan masa sekali lagi. mungkin awek tak bertudung tu akan menjadi salah seorang seperti mereka iaitu bertudung.

anda nampak apa yang aku cuba sampaikan?


original post by : cik MM semata

6 comments:

BIG BOSS said...

sgt mnarik ler crita neyh. hadui la awek btudung ni. xbek tol dok kata cmtu kt awek xbtudung. haih

si cantik sally said...

ni kes awek bertudung peel iblis...lagi terok if bertudung tapi buat maksiat..huuu..nauzubillah....cer awok kupas cerita ni plak.

sy slalu berangan nak kai tdung tapi takut t terbukak balik..bertudung kene ikhlas kerana Allah...btol x????

Idah said...

bahasa itu menujukkan bangsa...kerana nila setitik merosakkan susu sebelanga....

cucu umie said...

herm..kenapalah tidak ajak jer awex xbertudung tu join and jgelh bahse ..itu mcm menunjukkan orng yg tidak ad adb shje

~Sya~ said...

ala...ramai je org mcm ni...bertudung tp tak menggambarkan muslim sejati...memalukan...penat je dia bertudung...ada yg lg parah bertudung tp tak solat...

Kancil 8349 said...

manusia...berlagak di atas muka bumi...