Pages

Wednesday, 10 August 2011

rambut kasar adalah rambut sihat

ingat tak lagi iklan sunsilk yang femess kat tv3 tu?
mungkin selepas korang tengok iklan tu mesti korang sangat bangga kan dengan rambut korang yang kejung kasar tu. padahal, korang tak tahu antara masalah memiliki rambut kasar aka free hair ni. ape dia?




angin tiup sepoi-sepoi bahasa

lupekan. tolongla. korang tahu tak tiap kali korang naik bas dan memilih untuk duduk sebelah tingkap mahupun berdiri dibelakang awek atau balak. rambut korang akan mengganggu perhatian orang lain. macam mana?

macam ni. kekasaran rambut korang tu, ditiup angin dan pasti-nya rambut korang terkena pada rakan sebelah yang duduk dengan korang. yang kebetulan awek bertudung. mungkin sebab nak jaga hati kawan, dia memilih untuk berdiam diri walaupun mata, muka dia sakit terkena libasan rambut korang tu!


mesti-lah korang yang tak bertudung mati-matian akan cakap, ala , takpe, i ada kereta. hahahahaha gelak tak berapa nak ikhlas hari nie korang boleh-lah terus berlagak dengan gaya free hair korang tu. esok,lusa?



habis takkan semata-mata nak jaga hati kawan i nak kena bertudung? hipokrit-nya!

habis masa kau berhadapan dengan tuhan tu tak hipokrit ke? depan dia kau bertelekung segala bagai. tapi depan sedara-mara se-islam kau? kau ibarat bogel kat tengah jalan. kau tahu tak solat tak sempurna tanpa menutup aurat? lagipun, menutup aurat ni menampak-kan diri kau wahai awek tak bertudung, lebih sempurna.

macam mana?

kau tak perlu beli baju mahal-mahal , ketat-ketat, sendat-sendat, jarang-jarang yang harga dia berpuluh, ratus segala bagai tu hanya semata-mata nak menutup aurat. bukan lelaki jek pandang serong, kaum kau pun pandang senget jek. menutup aurat ni mudah. buat ape kau nak complicated-kan benda mudah ni?


malaysia so hot!

kau ingat ni luar negara nak cold segala bagai? kalau nak cold kat dunia, pi duk luaq negara nuh. hah! kat situ hang tak nak pakai baju pun tak pa aih. mat salih pandang normal ja.
paling tidak pun dia pikiaq hang tu salah seorang kaum dia. boleh ajak ber-soSIAL.
hang mau lagu tu ka? satu lagi fakta , bukan ke rambut kalau terlalu lama terkena sinaran matahari boleh rosak? ala, i kan student, duk dalam kelas aircond-lah. ha'ah, tak cukup zat rambut kau tu. bertudung-kan boleh melindungi rambut kau dari terkena sinaran matahari. :)

potongan rambut V

bukan ke dalam islam dah melarang. kenapa masih buat? hah-lah, aku akui jugak, cantik. tapi kat dunia ja. nak buat apa? saja , fesyen. niat hang tu dah pi melangut ke mana? apesal entri aku jadi loghat utara ni -.- sorry


rambut i kena tarik, tolong!!

ni kisah benar, aku pernah naik bas dan terpaksa berdiri selama lebih kurang sepuluh minit. oleh kerana bas tu tak ada pemegang yang duk hanyun kiri kanan tu, aku terpaksa berpaut pada kerusi. berpaut? -.-
nak di jadi-kan cerita, awek yang duk kat kerusi tu, tak bertudung. rambut pendek beb!
tapi aku tak sengaja tertarik gara-gara rambut dia atau kepala dia terlalu dekat dengan kerusi tu. nasib aku baik tak kena marah sebab aku jenis dah buat salah cepat-cepat mintak maaf. tapi dalam hati berdoa jugak lah dia pakai tudung lepas ni.


korang nampak tak ape yang aku cuba sampai-kan? bayang-kan kalau situasi yang sama berlaku tapi pada awek bertudung, sekurang-kurang-nya rambut dia selamat dowh! tak sakit kot kalau tertarik tudung dia. see?



entri ni sepatut-nya di-post pada 28 julai tapi oleh kerana laptop aku mati tetiba, terpaksa tunda. selamat membaca dan terima kasih.

^^,

No comments: