Pages

Saturday, 22 October 2011

terima kasih sekali lagi,jiwa.

terima kasih kepada pengomen tegar blog aku :) yang sentiasa memberikan kat kata perangsang kat aku. mungkin esok ,lusa. kita akan jarang berblog lagi.

aku tengah banyak masalh ni :)
namun alhamdulillah, aku masih mampu berfikiran waras.
walaupun hati ni sakitttttttttttttttttttttt sangat :)

ape pun, jaga diri korang, terus keep in touch yang mana ada numb phone aku. yang tertanya-tanya mana fb aku tu,
g cari fb Myera Nyera.

walaupun aku tak sukee nak men fb, tapi ape bleh buat haha.





comel giler budak kecik ni haha ^^,


p.s original post 20 october 2011. :)

Friday, 21 October 2011

"...........kerasnya hati kau,Myera."

p/s entry ni tak pasti lagi bila tarikh asal. jadi jangan keliru :) takut tak sempat post pada tarikh asal. thanks.






saat entry ni dibaca oleh korang,
aku sedang duduk dalam bas menuju tempat yang baru
untuk aku memulakan hidup aku tanpa mereka.

selain lagu the climb.
cerita one litre of tears juga penaik semangatku.
aku nanges giler giler masa episod 6.
:)

semua ini akan ku bawa bersama ketika aku melangkah ke alam baru.
semester lepas buat aku berdikari.
dimana pertama kali aku menaiki bas,
aku terpaksa tahan perut sebab takda duit.

semuanya aku buat sendiri.
jadi aku rasa aku dah bersedia untuk ke langkah seterusnya.
:)

aku dah bersedia.
sesesal mana pun aku nanti, insyaALLAH.
aku mampu melaluinya.
aku yakin aku mampu.

aku harap sangat result aku bagus dan aku boleh sambung diploma.
sebelum tu aku nak taip kat sini, siapa kata
kalau result SPM TAK ADA A TAK BOLEH SAMBUNG DIPLOMA KAT
UNIVERSITI?

:)

uitm sentiasa membantu pelajar pelajar yang masih mahu belajar.
dua sem aku hadapi pra-diploma.
orang lain satu sem jek, tapi aku dua.
harap tak sia-sia lah masa yang aku dah bazirkan ni.


\Ya Allah, aku mohon padamu.permudahkanlah segala urusanku.moga selepas ini aku lebih tabah dan hargai
hidup ini juga tak mensia-siakan segalanya./

p.s.s dah ramai sangat kata "kerasnya hati kau,myera." aku cuma senyum :)

Thursday, 20 October 2011

pernikahanmu,tangisanku.

kau tahu tak macam mana rasanya melepaskan seorang adek yang masih mentah ke tangan orang lain?
aku ada seorang adik perempuan. dia penghidap asthma kronik sejak dari kecil.
dan aku, aku benci dia.
ya. dari kecil dia sentiasa menyusahkan aku.
"myera,bagi adek makan ubat."
"myera,mandikan adek."
"myera,itu,myera,ini."

dan aku, masih bencikan dia.
aku rasa kehadiran dia hanya membebankan aku.
sentiasa ada saja yang perlu aku uruskan pasal dia.
sentiasa.

well, masa tu pun umur aku berapakan?
tak ada siapa pun ingin menegur dengan mengatakan
"myera, itu adek. myera kakak. kakak kena jaga adek. itu tanggungjawab myera."
tak ada.

sehinggalah umur aku 15 tahun. aku larikan diri dari rumah.
jiwa remaja sentiasa memberontak bukan?
darah yang sentiasa mendidih meronta ronta untuk bebas.
namun aku kembali kesamping keluarga.
masa aku balik tu, adek aku terkejut dan berkata
"akak?! kau pergi mana?? aku rindu!" katanya sambil memelukku.
aku terpana, terharu. :')

ketika itu baru aku sedar. aku masih punya sebab untuk terus hidup dan bertahan dalam keluarga ini.
aku terus hidup untuk adik adik aku.
aku abadikan diri aku untuk mereka terutama sekali adik perempuan aku.
aku jaga dia, sayang dia. aku berharap aku dapat beri kasih sayang yang cukup pada dia.
supaya dia tak rasa tak lengkap tanpa seorang ibu.

sepertimana yang pernah aku rasa.
aku tak mahu dia rasa susah.
sedangkan dia sentiasa rasa sakit.
aku tak mahu dia merasa lebih sakit.

kau tahu? aku juga remaja. bercinta.
aku sentiasa berkongsi rasa bersama adik perempuan aku.
apabila dia pula mula bercinta aku biarkan.
aku mahu dia rasa juga suka duka cinta.

namun ada juga yang aku kenkang.
bila mana dia sering mengalirkan airmata putus cinta.
aku mula kongkong dia.
aku tak mahu dia terluka lagi.

namun dia degil. remaja,kan?
sentiasa mahu mencuba sesuatu.
lagi dikengkang lagi dia mahu
seperti dadah sekali cuba pasti tagih kembali

namun sebagai kakak. aku tahu, dia juga manusia.
aku tak mampu nak mengawalnya sentiasa.
aku cuma berpesan,
"jaga aurat, jaga diri. jangan buat benda yang tak senonoh."
dia hanya mampu anggukkan kepala tanda setuju.

kadang aku terlalu emosi melebihi bapak aku.
bapak aku sentiasa rasa tercabar.
katanya, "kau tu hanya seorang kakak, bukan mak dia! bukan isteri bapak!"
aku terdiam.
aku tahu.
namun, hati aku bimbang.
dia balik lewat malam.
entah sakit, entah dah makan atau tak.
aku risau.
terlalu.
risau.

namun bapak aku masih membiarkan dia bebas.
sedangkan aku masih lagi terkongkong.
aku sunyi sendiri dirumah.
sentiasa sunyi.
bapak aku tak sedar dia terlalu membiarkan adik aku bebas.

bila ada suara suara sumbang berkata buruk tentang adik aku.
aku tolak mentah mentah.
mentah mentah.
aku percaya adik aku baik.
dia sentiasa jaga auratnya.
aku percayakan dia.
sampai aku bergaduh dengan adik lelaki aku,
semata mata nak pertahankan adik perempuan aku.

aku percaya bulat bulat adik perempuan aku.
sentiasa.
sampai satu masa aku dah rasa sangat tertipu.
sangat tertipu.
kepulangan aku dari uitm, sempena cuti semester.
aku pulang dengan harapan nak sambut bufday dia.
rancangan aku dengan adik lelaki aku.
namun hampa.
hampa.
hampa.

tiba tiba sibuk nak pakai inai.
sampai dengan aku aku sekali kena pakai.
aku ingat betul lah saja saja.
aku kecewa,
kecewa.
bila bapak aku cakap esok adalah hari bahagia adik aku.
esok dia akan berkahwin.
aku ketawa.
ketawa
dan masih lagi ketawa.
aku anggap ini semua hanya gurauan semata.

bila dia menunjukkan jubah nikahnya.
sijil kursus kahwinnya.
aku masih tak percaya.
sehinggalah aku tiba di masjid itu.
melihatnya siap bersolek, berpakaian putih.
tudung dan berselendang.
senyuman yang tak lekang dibibir.

sehinggalah tok kadi sampai.
ijabkabul selamat dilafazkan.
aku masih tak percaya dia sudah jadi isteri orang.
aku dah hilang seorang adik yang paling rapat dengan aku.

kau tahu tak macam mana sakitnya?
baru aku tahu macam mana perasaan seorang ibu.
patutlah diaorang selalu nanges kan?

aku masih anggap adik aku tu budak.
umur baru 16 tahun kawin dengan mamat 29 tahun.
kadang kadang aku fikir adik aku ni dah hilang akal.
namun semua ni bukan suatu paksaan.
dia rela.
bila aku tanya kenapa?
dia hanya cakap, "dah suka sama suka,kak. dia suka aku,aku suka dia. kami saling cinta mencintai. kawin jela."
jawapan budak yang langsung tak matang.

lama aku nanges. bila aku mula sedar yang aku dah mula sunyi balik.
tanpa teman. yang sering ada disisi aku.
aku nanges dan mula menyendiri.
aku pergi cari keje, semua tanya , baru kawin ke?
sebab aku pakai inai.
hati aku sakit sangat.

terlalu sedih.
banyak sangat benda yang buat aku terkilan.
banyak.
dari hari aku tahu esok adik aku nak nikah sampai kat
masjid tu sampai hari ni.
tahniah.
ini pilihan kaukan dik?
aku pun dah pilih.
aku pilih untuk bersuara pada kebenaran dik. :)

lepas kau baca entry ni, aku bukan disisi bapak lagi.
aku dah keraskan hati aku lepas bapak sanggup lepaskan kau ditangan dia.
aku tahu, aku mungkin akan diduga dengan bermacam lagi.
namun aku nak kau tahu, inilah dugaan yang paling sakit pernah aku rasa.
terima kasih adik.

dan bapak. tahniah.
matlamat,impian bapak dah pun tercapai.
akak kecewa.
namun seperti yang bapak cakap.
"kau bukan mak dia mahupun isteri bapak!"
aku redha.

aku tak benci kau dik.
satu hari nanti kalau kau perlukan pertolongan aku
carilah cik gedik semata.
hanya dia tahu dimana aku.
hanya dia.
:)



last but not least,
selamat pengantin baru, adikku.
:)






remaja 16 tahun mengahwini jejaka 29 tahun.

Tuesday, 18 October 2011

dia yang nikah, jariku yang merah.








aku lihat pengantin duduk bersimpuh
aku lihat senyumnya,tawanya,debarnya.
aku lihat, pengatin berpakaian putih, berselendang rapi.

kejap memegang tangan. kejap mengenggam.
disatu sudut, debar menanti tok kadi.
debar menyambut sahutan ijabkabul.
serba tak kena.

katanya takut.
katanya gembira.
katanya, indahnya dunia bila bercinta.
kini pula bakal bergelar pengantin.
suami dan isteri.
sehidup semati.

dari jauh, aku sebendir sendiri.
aku kaku.
terdiam.

inikah pilihanmu,adik?
mengapa,sayang?
kau begitu muda untuk semua ini.
aku melangkah, pergi.

dan setiap langkahku,
ku doakan agar kau bahagia.
bersama cinta matimu.
bersama dia.

tahniah atas pernikahanmu,sayang.
kini, aku sendiri.
namun jangan kau bimbang,
mereka sentiasa ada disisiku.

tuhanku,
terima kasih.
aku pasti, pernikahan ini akan kekal sebagai sejarah aku.

sayang,
maafkan aku.
aku sudah hilang separuh dari diriku.
kini aku bukan lagi aku.
doakanlah supaya aku kuat untuk berdiri sendiri.

supaya aku mampu teruskan perjalananku.
:)
senyumku, masih lagi terukir buatmu.









teka teki terjawab. inai di jari.

Monday, 17 October 2011

DIA.

aku tak tahu bagaimana kesudahan cerita aku.
aku tak tahu lepas ini apa lagi yang bakal menimpa.
aku si katak yang tak tahu melompat dan sering terkurung.
akulah si katak bawah tempurung.
kini aku dalam belenggu .
dalam dilema .
aku hilang dalam terkesima .
semakin aku bertanya
semuanya semakin rumit
semakin keliru
kepala mula berdenyut
sekejap kiri sekejap kanan
sekejap sakit sekejap semakin sakit
bila kepala mula terasa berat
bila semua terasa larat
aku mula teriak penat
aku mahu pergi
bukan seketika tapi selamanya
aku mahu tamatkan semua
aku mahu lari dari dia
dia yang sering mengejar aku tanpa henti
dia yang sering datang dan pergi
dia yang sering menjatuhkan aku
dia yang tak pernah tahu mengalah
dialah masalah.
ku rayu berhenti
ku rayu pergi
ku rayu bunuh diri ini
namun dia hanya ketawa
dia hanya terkinja kinja bahagia
dia rasa akulah 'nyawa'nya
dia kata tidak.
dia tak mahu berhenti.
psikologi mula bertindak.
semakin lama semakin mencabar.
semakin lama semakin hebat

aku pohon lagi
tolonglah berhenti
tolonglah mati
jangan ganggu aku lagi
aku tak pasti sama ada aku masih kuat atau ..
aku tak mahu terus tersungkur mati.

Thursday, 6 October 2011

Terima kasih, jiwa.

gua malas nak taip panjang panjang. tak lama lagi gua akan melangkah jauh. lepas ni, blog ni akan jadi gua, bukan lu. 


start gua balik capital M , gua bukan lagi gua. gua sangat terluka jauh. gua perlukan masa. bagi gua masa. 
lepas ni, blog ni akan jadi tempat gua jual barang. gua nak mintak bantuan korang. yang sudi jenguk blog gua walaupun gua dah lama tak update, untuk tolong gua promote blog ni. harap-harap nanti gua update shawl, novel, komik gua ada yang nak beli.


mungkin gua sambung belajar. mungkin, tak. gua tak tahu. lu orang akan doakan gua kan?


terima kasih :)






p.s fb gua Myera Nyera dah aktif balik. ada masa nanti, kita citer panjang. kepada abg gua, afzal. namee, cik najihah, nafisah, yang mana agak rapat ngan gua kat blog ni, take care. kak an najwa, gua ada berita untuk lu. :) tunggu jela entry wa akan datang. gua tak janji bila.


jaga diri. gua sayang lu orang. sorry untuk 'gua'.


gua tinggalkan gambar ni untuk buat lu orang tertanya-tanya.
:)
sila berteka teki.

Sunday, 2 October 2011

rindu nak mati

capital M.


aku tak faham. kenapa kita ni ada perasaan rindu? kau tahu tak rasa rindu tu sangat menyakitkan.

bila mula rasa rindu, tak dapat jumpa. contact tak reply. hati sakit dowh. sembelit pun tak saki macam tu.

aku benci giler kalau dah mula rasa rindu. benci benci!

tolong bagitahu aku, macam mana nak hilangkan rasa rindu?
sakit kot -.-

and, jangan taip suruh aku leka dengan buat kerja. bila kerja dah siap, aku still terleka rindu -.-

blah blah blah. diam . -.-


(pengsan)