Pages

Tuesday, 18 October 2011

dia yang nikah, jariku yang merah.








aku lihat pengantin duduk bersimpuh
aku lihat senyumnya,tawanya,debarnya.
aku lihat, pengatin berpakaian putih, berselendang rapi.

kejap memegang tangan. kejap mengenggam.
disatu sudut, debar menanti tok kadi.
debar menyambut sahutan ijabkabul.
serba tak kena.

katanya takut.
katanya gembira.
katanya, indahnya dunia bila bercinta.
kini pula bakal bergelar pengantin.
suami dan isteri.
sehidup semati.

dari jauh, aku sebendir sendiri.
aku kaku.
terdiam.

inikah pilihanmu,adik?
mengapa,sayang?
kau begitu muda untuk semua ini.
aku melangkah, pergi.

dan setiap langkahku,
ku doakan agar kau bahagia.
bersama cinta matimu.
bersama dia.

tahniah atas pernikahanmu,sayang.
kini, aku sendiri.
namun jangan kau bimbang,
mereka sentiasa ada disisiku.

tuhanku,
terima kasih.
aku pasti, pernikahan ini akan kekal sebagai sejarah aku.

sayang,
maafkan aku.
aku sudah hilang separuh dari diriku.
kini aku bukan lagi aku.
doakanlah supaya aku kuat untuk berdiri sendiri.

supaya aku mampu teruskan perjalananku.
:)
senyumku, masih lagi terukir buatmu.









teka teki terjawab. inai di jari.

4 comments:

Namee Roslan said...

myra bila nak kawennnnnnnnnnn..heheh. tahniah pd kawan ya :)

Myera Nyera said...

namee...............................



tu my adik.





.......

YNA said...

sweet je kata2 nie :)

Murnie said...

bia betik adik kw kawen dulu ni????