Pages

Monday, 17 October 2011

DIA.

aku tak tahu bagaimana kesudahan cerita aku.
aku tak tahu lepas ini apa lagi yang bakal menimpa.
aku si katak yang tak tahu melompat dan sering terkurung.
akulah si katak bawah tempurung.
kini aku dalam belenggu .
dalam dilema .
aku hilang dalam terkesima .
semakin aku bertanya
semuanya semakin rumit
semakin keliru
kepala mula berdenyut
sekejap kiri sekejap kanan
sekejap sakit sekejap semakin sakit
bila kepala mula terasa berat
bila semua terasa larat
aku mula teriak penat
aku mahu pergi
bukan seketika tapi selamanya
aku mahu tamatkan semua
aku mahu lari dari dia
dia yang sering mengejar aku tanpa henti
dia yang sering datang dan pergi
dia yang sering menjatuhkan aku
dia yang tak pernah tahu mengalah
dialah masalah.
ku rayu berhenti
ku rayu pergi
ku rayu bunuh diri ini
namun dia hanya ketawa
dia hanya terkinja kinja bahagia
dia rasa akulah 'nyawa'nya
dia kata tidak.
dia tak mahu berhenti.
psikologi mula bertindak.
semakin lama semakin mencabar.
semakin lama semakin hebat

aku pohon lagi
tolonglah berhenti
tolonglah mati
jangan ganggu aku lagi
aku tak pasti sama ada aku masih kuat atau ..
aku tak mahu terus tersungkur mati.

No comments: