Pages

Thursday, 20 October 2011

pernikahanmu,tangisanku.

kau tahu tak macam mana rasanya melepaskan seorang adek yang masih mentah ke tangan orang lain?
aku ada seorang adik perempuan. dia penghidap asthma kronik sejak dari kecil.
dan aku, aku benci dia.
ya. dari kecil dia sentiasa menyusahkan aku.
"myera,bagi adek makan ubat."
"myera,mandikan adek."
"myera,itu,myera,ini."

dan aku, masih bencikan dia.
aku rasa kehadiran dia hanya membebankan aku.
sentiasa ada saja yang perlu aku uruskan pasal dia.
sentiasa.

well, masa tu pun umur aku berapakan?
tak ada siapa pun ingin menegur dengan mengatakan
"myera, itu adek. myera kakak. kakak kena jaga adek. itu tanggungjawab myera."
tak ada.

sehinggalah umur aku 15 tahun. aku larikan diri dari rumah.
jiwa remaja sentiasa memberontak bukan?
darah yang sentiasa mendidih meronta ronta untuk bebas.
namun aku kembali kesamping keluarga.
masa aku balik tu, adek aku terkejut dan berkata
"akak?! kau pergi mana?? aku rindu!" katanya sambil memelukku.
aku terpana, terharu. :')

ketika itu baru aku sedar. aku masih punya sebab untuk terus hidup dan bertahan dalam keluarga ini.
aku terus hidup untuk adik adik aku.
aku abadikan diri aku untuk mereka terutama sekali adik perempuan aku.
aku jaga dia, sayang dia. aku berharap aku dapat beri kasih sayang yang cukup pada dia.
supaya dia tak rasa tak lengkap tanpa seorang ibu.

sepertimana yang pernah aku rasa.
aku tak mahu dia rasa susah.
sedangkan dia sentiasa rasa sakit.
aku tak mahu dia merasa lebih sakit.

kau tahu? aku juga remaja. bercinta.
aku sentiasa berkongsi rasa bersama adik perempuan aku.
apabila dia pula mula bercinta aku biarkan.
aku mahu dia rasa juga suka duka cinta.

namun ada juga yang aku kenkang.
bila mana dia sering mengalirkan airmata putus cinta.
aku mula kongkong dia.
aku tak mahu dia terluka lagi.

namun dia degil. remaja,kan?
sentiasa mahu mencuba sesuatu.
lagi dikengkang lagi dia mahu
seperti dadah sekali cuba pasti tagih kembali

namun sebagai kakak. aku tahu, dia juga manusia.
aku tak mampu nak mengawalnya sentiasa.
aku cuma berpesan,
"jaga aurat, jaga diri. jangan buat benda yang tak senonoh."
dia hanya mampu anggukkan kepala tanda setuju.

kadang aku terlalu emosi melebihi bapak aku.
bapak aku sentiasa rasa tercabar.
katanya, "kau tu hanya seorang kakak, bukan mak dia! bukan isteri bapak!"
aku terdiam.
aku tahu.
namun, hati aku bimbang.
dia balik lewat malam.
entah sakit, entah dah makan atau tak.
aku risau.
terlalu.
risau.

namun bapak aku masih membiarkan dia bebas.
sedangkan aku masih lagi terkongkong.
aku sunyi sendiri dirumah.
sentiasa sunyi.
bapak aku tak sedar dia terlalu membiarkan adik aku bebas.

bila ada suara suara sumbang berkata buruk tentang adik aku.
aku tolak mentah mentah.
mentah mentah.
aku percaya adik aku baik.
dia sentiasa jaga auratnya.
aku percayakan dia.
sampai aku bergaduh dengan adik lelaki aku,
semata mata nak pertahankan adik perempuan aku.

aku percaya bulat bulat adik perempuan aku.
sentiasa.
sampai satu masa aku dah rasa sangat tertipu.
sangat tertipu.
kepulangan aku dari uitm, sempena cuti semester.
aku pulang dengan harapan nak sambut bufday dia.
rancangan aku dengan adik lelaki aku.
namun hampa.
hampa.
hampa.

tiba tiba sibuk nak pakai inai.
sampai dengan aku aku sekali kena pakai.
aku ingat betul lah saja saja.
aku kecewa,
kecewa.
bila bapak aku cakap esok adalah hari bahagia adik aku.
esok dia akan berkahwin.
aku ketawa.
ketawa
dan masih lagi ketawa.
aku anggap ini semua hanya gurauan semata.

bila dia menunjukkan jubah nikahnya.
sijil kursus kahwinnya.
aku masih tak percaya.
sehinggalah aku tiba di masjid itu.
melihatnya siap bersolek, berpakaian putih.
tudung dan berselendang.
senyuman yang tak lekang dibibir.

sehinggalah tok kadi sampai.
ijabkabul selamat dilafazkan.
aku masih tak percaya dia sudah jadi isteri orang.
aku dah hilang seorang adik yang paling rapat dengan aku.

kau tahu tak macam mana sakitnya?
baru aku tahu macam mana perasaan seorang ibu.
patutlah diaorang selalu nanges kan?

aku masih anggap adik aku tu budak.
umur baru 16 tahun kawin dengan mamat 29 tahun.
kadang kadang aku fikir adik aku ni dah hilang akal.
namun semua ni bukan suatu paksaan.
dia rela.
bila aku tanya kenapa?
dia hanya cakap, "dah suka sama suka,kak. dia suka aku,aku suka dia. kami saling cinta mencintai. kawin jela."
jawapan budak yang langsung tak matang.

lama aku nanges. bila aku mula sedar yang aku dah mula sunyi balik.
tanpa teman. yang sering ada disisi aku.
aku nanges dan mula menyendiri.
aku pergi cari keje, semua tanya , baru kawin ke?
sebab aku pakai inai.
hati aku sakit sangat.

terlalu sedih.
banyak sangat benda yang buat aku terkilan.
banyak.
dari hari aku tahu esok adik aku nak nikah sampai kat
masjid tu sampai hari ni.
tahniah.
ini pilihan kaukan dik?
aku pun dah pilih.
aku pilih untuk bersuara pada kebenaran dik. :)

lepas kau baca entry ni, aku bukan disisi bapak lagi.
aku dah keraskan hati aku lepas bapak sanggup lepaskan kau ditangan dia.
aku tahu, aku mungkin akan diduga dengan bermacam lagi.
namun aku nak kau tahu, inilah dugaan yang paling sakit pernah aku rasa.
terima kasih adik.

dan bapak. tahniah.
matlamat,impian bapak dah pun tercapai.
akak kecewa.
namun seperti yang bapak cakap.
"kau bukan mak dia mahupun isteri bapak!"
aku redha.

aku tak benci kau dik.
satu hari nanti kalau kau perlukan pertolongan aku
carilah cik gedik semata.
hanya dia tahu dimana aku.
hanya dia.
:)



last but not least,
selamat pengantin baru, adikku.
:)






remaja 16 tahun mengahwini jejaka 29 tahun.

4 comments:

fikri said...

serius ke ni ?

Lia Lomi said...

terlalu muda ia berkahwin, tapi dari berbuat maksiat lebih baik begini..

Murnie said...

mungkin dah sampai jodoh dia .. tabahkan hati mel ..

Mas Farah (= said...

akak .. tabahkan hatimu yee ..
sedih ble akak post blog mcam nie ....... hmmm :'(