Pages

Thursday, 24 November 2011

MDS NOVEMBER 2011 - MAC 2012

Hari rabu pagi aku bertolak dari capital PG ke capital M.
Susah betul nak dapat bas. Dari capital M ke bus stand pun sama.
Dalam pukul 11pagi baru aku naik bas ke segamat. Aku bawak beg baju,beg galas dan beg selimpang jek. Sepanjang dalam bas tu pulak,aku asyik menanggis. Ada sesuatu yang berlaku. Aku malas nak cite. Sampaikan apek bawak bas tu sound aku.

“amoi ah,jangan nanggis loh, muka tak cantik kalau nanggis..” 


aku segan nak pandang apek tu.
Lagi dia cakap jangan ,airmata kau pulak macam tak nak berhenti mengalir.
Sampai apek tu kejap kejap tengok cermin. Toleh belakang. Nak pastikan aku berhenti menanggis.
Aku mesej puan R, gtau aku otw segamat. Dia suruh aku turun dekat jementah.
Katanya,nak amik.
Kebetulan apek tu stopkan bas kat pekan jementah. Aku pun turun. Puan sampai dalam 15minit.
Aku letak beg dalam kete puan. Terus puan ajak g makan. Aku makan tak banyak, gigi tengah sakit.
Tak boleh nak kunyah sangat. Puan tanya itu ini,aku jawab. Aku cite secara ringkas jek apa yang da jadi. Malas nak layan perasaan sangat.
Puan terus  tanya, ”kenapa awak tak sedih?” 
aku gtau puan,cukuplah 3 minggu aku berendam airmata. Aku dah tak larat lagi.
Aku yakin puan tak perasan mata aku sembam sebab nanggis kat dalam bas tadi.
Lepas makan,puan ajak aku beli stok megi,air 3 in 1 dengan biskot. Aku segan. Tapi aku terima jek. Memandangkan aku pun tengah kering.
Puan bawak aku ke uitm,aku amik kertas yang ada tulis aku dapat kolej zamrud terus ke bawah zamrud untuk isi segala borang yang ada.
Tiba-tiba akak PM tu mintak 12 keping gambar. Padahal kat sistem online kata nak 8 jek.
Aku cakap tak cukup tapi akak PM tu kata, takpelah. Nanti baru buat. Maknanya tak penting sangat.
Aku tengok puan berbual dengan pelajar lama dia rasanya. Ada jugak Abg Tony berbual dengan puan. Sementara aku,bz melengkapkan segala borang yang ada dalam fail hijau. Siap jek. Dia bagi kunci bilik z232c aku gtau puan dah sudah, aku ditemani puan ke bilik untuk letak barang. Salam puan dan terus beratur. Aktiviti MDS kali ini dekat DSP bukan macam dulu dekat DST.
Atas maklumat dari puan, dia gtau DST tengah dalam sistem upgrade.
2 tahun lagi uitm segamat akan buat majlis konvo dowang sendiri.
Jadi tak payah lah nak g jauh jauh kat shah alam semata mata nak g konvo. Meme bestlah.

MDS kali ni sangat menarik tapi lebih tegas berbanding masa aku MDS pra dulu.
Hari aku sampai tu terus ke dsp ada taklimat ape entah. Aku lupe lak -_________- yang aku ingat,aku ditarik oleh kak suhaila yang cun toh untuk jadi calon penghuluwati. Wakakaka.
Oleh kerana aku ni muka tak malu,part yang abg haziq suruh bagi sebab kenapa aku harus dipilih jadi penghuluwati tu,meme selambe aku cakap “eh,dah dua kali aku MDS, pilihlah aku.” 
(dengan muka yang selambe).
Satu lagi part kenalkan diri tu,aku tekankan orang panggil aku Mel.
Bukan ape,da meme akak PM yang kenal aku pun panggil aku Mel.
Jadi da alang-alang tu,panggil mel jela.
Hari kedua pulak,ada program er. Aku lupe la -_______- teruknya aku ni. Macam mana nak jadi pelajar diim ni??
Yang aku ingat jela aku cite ek. Aku kena tahan kat wad penawar sebab gastrik. Hahak. Pagi sebelum subuh tu,aku jalan slow. Ditemani akak PM (aku tak ingat sape T_T) aku cakap aku rasa nak pitam.
Aku genggam kuat kot tangan akak tu. Akak tu kol abg medic mintak tolong amek. Aku duduk.
Aku tahan kepala aku supaya tak pitam. Akak sowg tu da perasan. Dia terus duduk sebelah aku.
Tangan letak belakang aku. Dia takut aku pitam jatuh kebelakang. Tak memasal jek kang.
Aku naik kete terus ke bilik gerakan SR kalau tak silap,aku duduk.
Tapi lepas tu aku baring dan tido. Akak PM kejut nak g penawar. Aku gtau doktor Ali,kaki aku asyik cramp. Perut aku dua-dua sakit. Dan aku rasa nak pitam.
Doktor mcm biasa check tekanan darah aku. SAKIT WEHH!!!
Pakai yang autometik punya. Dua kali pulak tu!!
Sakit T____T susah tau tak gemuk ni!
T____T lantaklah.
Terus doktor suruh g inject dan aku kena tahan kat wad. Aku mesej puan,twin dengan CGS.
Kejap jek kena tahan sampai pukul 10 lebey. Sebab ramai yang masuk wad pasal keracunan makanan. Aku dihantar oleh abg medic ke DSP. Tak sempat nak join majlis perasmian MDS T_________T
aku tak ingat ada aktiviti ape lepas tu.
Tapi setiap kali ada aktiviti,aku yang paling banyak tanya.

Masa pendaftaran,aku duk sowg kat belakang. Semak fail ape semua. Dah lengkap,aku duk memerhatikan orang.
Abg Amar datang duk belakang ngan PM-PM lain. Dia tanya aku,dah semak ke fail? Aku kata da. Dia nak tengok. Aku bagi.
Terkejut dia aku lahir tahun 92 -__________- yela,aku besar jadi orang ingat aku ni kakak-kakak lah. Padahal baru 19 tahun. Tapi reaksi dorang tu aku da biasa sangat pun.
Yang bestnya,abg amar sempat pesan untuk belajar elok-elok.
Struggle la kiranya.
Dia pelik kenapa aku masuk pra.
Aku gtau spm aku tak layak masuk dip.
Tu yang lalui pra.
Aku senyum jek. Akak PM sowang tu pulak tanya apa hubungan aku dengan puan R. Aku gtau koordinator dgn pelajar jek. Heh.
Yela, puan yang uruskan hal aku semua. Aku malas nak bahas pasal ni.

Banyak lagi yang berlaku masa MDS.
Antaranya,abg haziq dengan abg amar join semeja makan dengan aku (tapi aku da habis makan).
Dowg tak makan lagi sibuk tanya aku da makan belum.
Sangat caring. Aku respek giler kat dowg ni.
Langsung tak merungut.
Sebab dowg tau tu tanggungjawab dowg.
Abg shidi pulak,saje join nyanyi lagu wawasan setia warga uitm ngan aku.
Nak lawan suara dengan aku -____- lepas tu dia tanya,suara sape lagi kuat?
Kompem la suara dia. Aku ni dah cuba sedaya upaya nyanyi kuat kuat. Peh.
Sampai hari terakhir MDS aku hilang suara, sakit tekak.
Aku jenis malas nak cakap banyak. Aku ni jalan lambat. Lagi-lagi part naik bukit. Mak aihhh.
Dari beratur kat depan,time jalan terus ke belakang -________- da macam aku jalan berundur pulak.
Abg PM sorang tu tanya,setakat ni aku larat lagi tak? Aku kata larat. Tapi aku mintak pengecualianlah kalau nak g tour satu uitm. Tak larat. Dia kata nanti gtau kak medic. Aku ok jek.
Sepanjang MDS ni,aku jarang lah duduk dengan kawan aku. Bukan aku takde kawan. Tu hah,Z,N,T dan sape sape lagi.
Tpi oleh kerana aku punya perangai jenis suka bawak diri.
Meme orang salu simpati kat akulah. Wakakaka.
Ada lah sekali tu aku duduk sebelah A. Aku baru kenal. Dia tanya kenapa aku salu sowg2?
Aku cakap aku suka duduk lain lain supaya aku boleh kenal ramai lagi.
Aku tak suke nak duduk setempat jek. Nanti aku tak kenal ramai lagi.
Lagi satu kalau duduk dengan kawan,aku tak fokus.
Asyik nak bercakap jek.
Kalau dengan kawan baru,kurang sket bckp. Heh.
Bila ada yang tanya macam tu aku terus saspek entah entah PM-PM ni pun pk benda yang sama. 
Patutlah caring sangat kat aku padahal aku tak rasa pape pun.

Ada sekali tu, time nak makan,aku selambe jek amek kosi,duduk kat satu sudut tanpa meja dan makan.
Aku peduli ape mata yang memandang.
Aku tau aku lapa,nak makan cepat supaya akak PM tak marah sebab masa tak cukup.
Ada satu pagi tu kawan aku kejut,aku bangun terus sesak nafas aku suruh dia turung gtau akak PM.
Mas (PM) naik bilik aku,mintak aku siap perlahan-lahan supaya boleh g penawar.
Aku siap,naik kete,abg medic anta. G masjid.
Lepas subuh,alhamdulillah,terus lapang dada aku. Berkat solah subuh jemaah dekat rumah Allah agaknya. aku siap diberi kebenaran untuk tido lagi sebab aku da makan ubat.
Bayangkan kesan ubat tu punyalah kuat sampai aku tengah isi borang pun boleh tido.
Tu tak cite lagi akak PM amek gambar aku tengah tido. Aku malas nak kisah ngantuk punya pasal.
Ada jugak yang lepas tu aku tido,ada yang nak amek gambar tapi bebudak ni pandai buat buat gerak kan tangan supaya aku terjaga.
Keje aku ni asyik buat owg gelak jek.
Kdg-kdg tak payah cakap byk pun bebudak ni ketawa. Ada yang selambe jek aku tarik pipi dowg. Hahak ada gak yang balas dendam tarik pipi aku balik.
-___________- ape lagi aku nak cite ek?

Hah! Part jumpa dak dak permas. Kemain ramai lagi. Ada 5,6 owg gak kot -______- lupe la.
Aku peluk sowg-sowg terus g masjid. Da lambat kot!
Pastu, part main sifir sipot kat masjid lah (mas yang ajar),kat DSP (abg awie kakashi yang ajar),nyanyi lagu

saya nampak ada bukit,bukit cantik tak pernah lihat,bukit yang cantik hey! Bukit yang cantik. 

(masa ni abg awie dgn kak bella yang nyanyi,abg hazrik lak menyampuk part hey! Tu jek haha)

memang best.
Part yang sir awie say tu pun best. Ada satu part kat masjid tu, berebut nak jawab soalan punya pasal aku tak sengaja tertolak sowg akak PM tu. Secara spontan.
Aku lari,tak sempat brek. -_________- aku dah lupa akak PM yang mana.
Da la aku yang kena jadi ketua. Nama kumpulan ainun mardiah. Trademark muslimat,power!
Tapi memang bestlah MDS kali ni. 1st sebab aku join full. Kalau yang lepas tak join full sebab *tettt.
Malas nak gtau wakaka.
Ramai PM-PM MDS kali ni,adalah PM masa aku MDS  pra dulu. Ramai jugak yang kenal aku.
Yang kelakarnya,bebudak ni, eh eh. Ramai pulak yang tau nama aku tapi aku tak tau nama dowg.
-_______- kalau aku jalan dengan dowg ke,eh,mel kan? Bla bla bla,awak mel kan? Bla bla bla. Mel,hai~ (lambai lambai tangan) aku layan jek.
Tapi aku tanya jugak la, mana tau nama ni??
Dowg cakap kan aritu naik pentas kan ....
-________- aku ingat kowg tido time aku naik atas pentas tu wakaka.
Nasib baik aku tak dipilih untuk jadi penghuluwati. Malas. Nak bawak diri pun berat,nak jadi penghuluwati? Kemsalam jela. Part sukan pun best, PM kalah kot time tarik tali tu. Semualah best! Time ceramah dengan ustaz norizam bin abd hadi. “yang perempuan pakai tudung tutup apa?” (ramai-ramai) “tutup dada.” “salah! Kamu semua ni masuk neraka!” aku terkejut. “tutup dada ke tutup buah dada?” ustaz zam tanya.
Kteowg terus malu. Tapi meme betul pun hahak. Memang bestlah. Memang akak,abg PM garang tapi dowg garang sebab sayang.
Ada jugak yang merungut, oleh kerana aku duduk dengan orang yamg berlainan,ada jek benda yang aku dengar.
Itulah,inilah. Aku banyak diam. Malas nak bahas,penat.
Pastu hari terakhir MDS nyanyi lagu kenangan terindah ramai-ramai (aku tak nyanyi suara takde).
Salam dengan akak PM. Hari ni lak,aku demam.
Tak g kelas mahupun penawar -__- kaki ,badan semua sakit-sakit.
Aku mesej puan,twin,CGS. Gtau dowg aku demam tak sihat. Heh. -___________- lapo.

original type on 21/11/2011.

4 comments:

Murnie said...

entry kao yg terpanjang aku penah baca .. tahniah .. haha

Namee Roslan said...

adik, lama tak update. hehe. busy ye ??

TwIstiEs*meSti Mau* said...

uhhmmm...paaaaaaanjaaaaaaaaangggg
hahha...
klu print ni laa..,,wape helai xtau ni..ahahhaa...
hmm..jemput singgh yer..lama dah xnm pk ..:)

AwieKashi said...

wah...ada nama sy lah... huhu