Pages

Monday, 28 November 2011

stop judging them!

yang selalu kita dengar...

"Mak tak nak kau kawan dengan si polan tu, dia tu bodoh!'
"Aku nak kau pergi sekolah belajar pandai-pandai jangan jadi macam si polan tu,pemalas!"
"Aku dengar kau kawan dengan budak soSIAL tu,tak payah la weh. dia tu dah lah soSIAL kang kau pulak kena tempias."
"Budak tu akidah dia dah takda. entah solat tu diterima ALLAH ke tak kita pun tak tau. malam-malam dok balik lambat,pi clubbing la tu."
"kau jangan kawan dengan dia eh,aku tahu kau kawan dengan budak yang tak bermoral tu siap kau!"


stop judging them!

kita ni semua tak sempurna mana pun,sibuk nak angkat kain orang tu buat ape? dari kau teropong dalam kain orang lain baik kau jaga anak kau,diri kau,keluarga kau. aku tak faham kenapa manusia ni suka na nak bangga diri,nak bandingkan diri dengan orang lain. padahal orang lain tu pun sama jek macam kita,sibuk banding membanding. ape? ingat ni barang kat pasar raya ke nak banding bandingkan?

cuba open minded sket. tak. aku bukan suruh jadi jalang. tapi berfikiran terbuka untuk sesuatu isu. contohnya isu ni. kau nampak orang lebih sikit dari kau,kau da macam cacing kepanasan. kau nampak benda yang tak sempurna terus kau cerca. kau penah pk tak yang kau tu pun tak sempurna? tak? aku dah agak da.

kadang-kadang ada beberapa benda yang kita kena terima tanpa menghakimi. kau nampak dia macam soSIAL,tapi kau ada nampak ke dia tu bersoSIAL? dari kau sibuk jadi internet bergerak,media massa yang tak diiktiraf,ada baiknya kau tolong bawak budak tu ke pangkal jalan. kalau kau rasa kau tak layak,mintak tolong orang lain. kau dapat pahala,dia selamat dari hanyut kesana.

bukan senang nak ubah pemikiran manusia ni. kalau awal-awal lagi mindset korang dah macam tu dan korang tak terfikir nak ubah,sampai matilah korang macam tu :)

meh layan matluthfi meh :)


2 comments:

El-Janna said...

sbb tu kita kena berkawan. knl hati budi msing2 kan^^

Namee Roslan said...

even dalam adik beradik pun ada banding mmbandingkan..