Pages

Sunday, 20 January 2013

Induksi vs Explorace Badan pertolongan Cemas.

Oh, hai Assalammualaikum :)

oh, oh, 12-13/1/2013 tu adalah hari yang sangat ohsemm ^^
ia adalah hari dimana berlangsungnya induksi kokurikulum kami pada hari sabtu.

nasib baik best, kalau tak memang aku tido. wakkakak.
semuanya bermula bila aku dapat group ke lapan. dan yeah, im kind of excited!

sepatutnya aku publish entry ni awal tapi sebab kan masalah teknikal *ye ke? ia jadi lambat ^^

apa yang best sangat induksi ni?

kau tahu tak macam mana perasaan aku bila time sekolah dulu tak dapat nak ikot segala aktiviti yang best best bila sekolah yang anjurkan? aku cuma penah g lawatan ke penjara lama jek. sedih? agakla.


so bila masuk u ni, aku grab apa jek peluang yang ada. lagi lagi free kan? lagilah aku akan participate!
lantak lah, advanture ke, ape ke, ada aku kisah? pengalaman tu yang paling berharga beb.

aku ingat lagi, sorang awek cun ni tanya aku, "Kak Mel sayang BPC ek?" aku cakap, bagi aku, respek tu yang paling penting. peduli ape aku apa kau nak fikir. ni yang aku pilih. menyesal ke tak, belakang cite. yang penting, aku enjoy.

sedikit terkilan, aku tak dapat grad dengan batch aku. aku sedikit lewat. tapi still. aku enjoy.

induksi ni pasal balutan. masa nilah kiteorang blaja praktikal dan teori. kau mampu?
masa induksi ni, semua bajet boleh buat.

yeah, bajet. tapi masa explorace. aku yang paling blur. situasi berbeza. aku rasa, kalau bebetul berlaku kemalangan, aku tak pasti aku mampu untuk membantu ke tak. sedih? dont be.

sebab cikgu cakap, semua tu normal. kalau kau mampu tenangkan diri kau, semuanya akan ok.

banyak sangat kelaut aku ni.

--

perkenalkan Badan Pertolongan Cemas UiTM Segamat.
kepada bakal mahasiswa/mahasiswi ini bukan persatuan untuk orang sakit ya. BUKAN.
kami belajar pasal cara menghentikan pendarahan. dan lain-lain. banyak lagi. kalau nak tahu, sila join BPC ^^
ouh, cikgu-cikgu kiteorang ohsemm hoi.

kami juga belajar kawad. yang ni, aku sentiasa fail T.T aku selalu lupe step kawad.

--

jom layan gambar masa induksi. 12/1/13.

sesi pendaftaran.

dibahagi kepada 8 kumpulan.

masa nilah kena ada nama kumpulan, kenal ahli kumpulan, asal mana dan trademark.

kemudian kena naik atas pentas dan perkenalkan ahli kumpulan.

aku lupe nama kumpulan ni tapi aku minat trademark dorang, 
"Together! For Humanity!"

trademark dorang "buang buang sick" kalau tak silap.




ni kumpulan renjatan. kalau tak silap.

kumpulan ke 8. nama kumpulan Morphine.
"Morphine! Make the pain go away~"

sesi balut membalut pulak.

tekun tengok handout yang cikgu razak sediakan. ada 7 balutan kalau tak silap.

contoh balutan ke 7.

dengan bantuan cikgu razak yang asyik ingat aku part 3 T.T ni balutan ape eh? lupe -_-'


balutan cincin. untuk patah terkeluar kalau tak silap.

balutan pertama. untuk patah tangan. eh? atau terkehel eh budak bpc! komen nanti betulkan mana yang aku salah ek. lupe la -_-'


dengan bantuan komander Risha.





sempat lagi posing. kau ado? aku pun tak tahu macam mana aku boleh sesat kat situ. ni balutan ke 6 kalau tak silap.

ni balutan ke 7.


lepas tu, makan.



credit to the photographer. aku tak tahu sape yang amek gambar ni. sangat cantik!


makan, solat, dengar ceramah kat masjid, sambung belajar CPR pulak.

masa dalam perjalanan nak ke masjid tu, berapa kali aku melenting? ada budak cari pasal, komander tak bising, aku yang angin. bajet macam tak pernah kawad dan kor. -_-

aku penat kau sibuk nak menganjing. aku memang mudah melenting kalau tengah penat. sibuk kacau buat ape. pfttt. -_-'

cikgu Musa cakap, Teknik CPR akan ditukar 2 tahun sekali. yang terbaru ialah 30:2

briefing pasal CPR.





makan lagi.


cite terakhir untuk hari pertama. hari kedua pulak macam mana? tunggu sambungan entry ni ek.

kalau muatkan dalam satu entry, rasa macam semak sangat.

oklah, bai~






3 comments:

Aku Penghibur said...

wahhh pergi kem ..bestnya

Sayidah Nafisah Ruslan said...

awak ingat ke semua balutan2 tu?

Myera Nyera said...

sumpah tak! hahahhahahaa