Pages

Sunday, 22 September 2013

DAY 2 and 3 : BPC CAMPING | GUNUNG LAMBAK.

Oh, Hai Assalammualaikum :)
hari kedua ber-camping,
alhamdulillah tak hujan.

lepas jaga sentri , kami kejutkan semua.
mandi pagi , solat subuh dan senaman pagi.

lepas makan pagi, ape kite buat ek?
yang main rumah dengan orang tu ek?

pastu baru kena briefing pasal paintball.
best woi.
ok, fine, aku mengakulah.
sebelum masuk main tu, semua jantung macam nak tercabut takut giler.

yang briefing pulak Encik Nazri. hensemmmmm hoiii T_T
memang best dengar dia bebel kat depan.
banyak gak ilmu yang kite orang dapat.

yang lagi best, group aku main kejap gile, tau tau dah menang. wahh.
memang best main paintball.
aku tak kena tembak.
sorang group aku, audi kena tembak, nasib tak pecah.
lebam gak tu rasanya.
tapi dia cool jek.

lepas habis paintball,
siap sedia makan dan solat zuhur.

lepas tu belajar balutan lagi.
balutan yang baru aku belajar ialah balutan kepala.
dimana kami rasa sangat awesome. eh

lepas tu baru rescue challenge.
best gak. hehe semua kena ikat.

sebab satu hari suntuk penuh dengan aktiviti
malam tu time makan semua senyap jek haha kelaparan.

lepas makan, semua standby untuk malam kebudayaan.
oleh kerana masa berbincang kami nampak biasa-biasa
siapa sangka malam tu jadi luarbiasa haha
group aku kena persembahan pertama pulak tu, aduhhh.
nak pengsan rasanya.

tema malam kebudayaan ialah P.Ramlee.
group kita orang berlakon cerita Nasib Si Labu Labi.
kejap. rasanya macam ada tukar sikit tajuk. okay, serious tak ingat.

aktiviti terakhir malam tu ialah Night Walk.
yang ni memang tak boleh blah.
lain dari imaginasi aku.
aku ingatkan jalan dalam group atau pun sorang sorang keliling hutan tapi rupanya kena tutup mata.
lepas tu ikut je semua arahan komander.
seram sejuk jugak lah.

tapi best! haha!

---------------------------------------------

hari terakhir camping,
mendung dan hujan gerimis.

sedih.
aku tak dapat ikot mendaki.
kasut tak mengizinkan.

jadi sementara tunggu dorang mendaki gunung tu,
aku tolong komander apa yang patut sambil habiskan semua limau mandarin HAHAHAHAHAHA.
kemudian apabila semua dah habis mendaki,
kami pun pulang ke UiTM.





sekian.

1 comment:

ain ruslee said...

Jemput join GA saya ;)

http://celotehbudakkechiq.blogspot.com/2013/10/giveaway-beauty-care-by-ain-ruslee.html