Pages

Thursday, 16 January 2014

Don't Give Up. get Over It.

Assalammualaikum, Hai ^^

Minggu ni adalah minggu yang sangat gemuruh. Nervous. Sebab apa? Sebab ada Public Speaking! OMG!
PUBLIC SPEAKING?!

Ya. Dari seminggu sebelum kejadian lagi, aku dah terlalu, terlampau nervous.
"Okay, next week Public Speaking dekat Speaker Corner". Kata lecturer 207 dengan bahagianya.
Aku? T______________T kecut perut.

Ni Speaker Corner dekat UiTm Segamat. kau bayangkan, kat sinilah tempat orang jual barang, budak budak lalu nak pergi kelas, lecturer nak pergi Cafe Ibu untuk beli makan. Kadang kadang Rektor lalu, jenguk jenguk.

gambar cilok kat google.

Aku datang awal haritu, tengok kelas lain present dan sesi soal jawab. Hati masih lagi dalam keadaan nervous. Sampailah masa Speaker pertama baca doa. Terus hati rasa lega. Hilang sikit gemuruh. Tapi lain jadinya. Speaker pertama pulak yang gemuruh haha. At the end, aku yang kena ganti. Aku pulak tiba-tiba jadi speaker pertama. 

Masa tu tak fikir apa dah. Pegang microphone, kertas kat tangan. Pendrive dah cucuk, Slide dah terpasang.
Ayat pertama aku sebut, bismillah. Senyum. Senyum. Mulakan. Greet the audience. Relax. Formal tapi santai. Tajuk talk aku hari tu, Don't Give Up. Get Over It.

Aku cuba encourage audience. grab their attention with two-way communication. Idea kawan aku. Nasib baik kawan aku ni ada. Alhamdulillah. It went well. Presentation aku Alhamdulillah ngam-ngam 5-7 minit.
Q and A pun berjalan lancar. Aku tak kata grammar aku okay. Tapi Alhamdulillah. Semuanya okay.

Yang paling tak boleh blah. Punyalah aku pegang kertas kat tangan. Dari semalam dah siap tulis panjang berjela. At the end, aku tak baca pun kertas yang aku pegang tu haha. Nasib baik aku dah betul-betul prepare tajuk tu.

Aku bercita-cita nak jadi kaunselor. Aku tahu, kalau nak bercakap dalam bahasa inggeris, agak menyukarkan sebab aku tak begitu fasih. Masih banyak yang perlu dibetulkan. Aku suka motivate orang. Aku suka buat orang rasa bersemangat, happy walaupun aku sendiri banyak cacat-celanya. Syukurlah apa yang aku sampaikan tu sampai jugak kat audience.

Point tajuk aku tu, aku ambil dekat sini. Cuma aku tukar tajuk supaya nampak lebih formal. Sedikit tips untuk korang yang bakal ambil subjek IMD 207.


  1. Pakai pakaian ikut tema. Kalau cerita pasal sukan, Pakai baju sukan. Kalau Formal, pakai formal.
  2. Jangan baca kertas sangat dan jangan hafal. Be natural.
  3. Nervous? baca bismillah banyak kali. Tarik nafas, relax.
  4. Pilih topik yang santai dan tak terlalu berat.
  5. Pastikan apa yang nak dikatakan tu sampai. Jangan meleret-leret.
  6. Boleh letak video tapi jangan panjang sangat. Dan pastikan video tu proper.
  7. Ingat, Public Speaking ni bersifat education. Jaga Protokol.


Akhir sekali aku nak cakap, Don't Give Up. Get Over It. Change from 'I Give Up' to 'I'm Great'! Cuba, cuba dan terus cuba. Okay? ^^

Harap tips tu membantu. Nanti ada Persuasive Speech pulak. Aku akan kongsikan dilain entry. Bai~

3 comments:

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

si robot comel said...

congrats myera!
dulu pun kita pernah bagi speech kat speaker corner tu, nervous dia kemain weh,tp kira okaylah even kita nervous macamana sekalipun kita dapat handle kan?

congrats again!
alahai rindu uitm segamat.

Sayidah Nafisah Ruslan said...

waktu persuasive speech tu kitorang buat dekat speaker corner ni.

and then fisa jual ubat cerdas otak. memang tak sangka yang fsa boleh tarik perhatian diorang dan time tengah speech tu ada Q&A. and then tuptup dapat full mark. sangat happy!

aceli just be prepare, dont be too nervous and kalau tak ingat, senyum dan hentam kromo aje. tapi janji tak lari tajuk lah.. jangan selalu nak umm umm.. nanti rugi masa.. kalau tak pun awak boleh buat2 tanya audience. so dah ade two way communication dekat situ.

goodluck untuk awak mira.. sayang awak! :)