Pages

Friday, 24 January 2014

Talk Bersama Pelajar Pra-Diploma UiTM Larkin.

Assalammualaikum, hai semua! ^^

Semalam bersamaan dengan 23 Januari 2014, saya bersama Koordinator MDAB, Rizal dan Shafik (wakil course Transport) juga Iqbal (wakil course Investment) telah dijemput untuk berkongsi pengalaman sebagai Ex-Pra Diploma di UiTM Larkin.

Kami dengan bebesar hatinya mengikuti program ini dan berkongsikan kisah kami semasa Pra Diploma dahulu dan bercerita tentang Course diploma masing-masing untuk mengajak mereka ambil course yang sama.

Alhamdulillah, walaupun nervous-tahap-asyik-betulkan-tudung tapi semuanya berjalan lancar. Mana tak nervous, Pegawai dari UiTM Shah Alam ada. Juga beberapa lecturer dari UiTM Larkin sendiri. Dia punya nervous macam masuk pidato. Padahal tak ada apa sangat pun. Nasib baik program ni santai sahaja. Kalau tak terketar-ketar jugalah nak susun ayat baku tu. hehe.

Ada video rakaman saya beri ucapan tu tapi segan nak dikongsikan. Satu lagi ianya agak peribadi. Apa pun seronok berbual dengan adik-adik disana yang sememangnya perlukan bimbingan dari kami. Walau tak banyak, tapi harapnya apa yang dah kami sampaikan itu, berhasil walau sedikit.

Semalam Pegawai dari UiTM Shah Alam ada beri satu laman sesawang ini, dimana kita boleh menyemak kelayakan kita terarah dalam bidang apa yang ada ditawarkan.

Anda boleh semak di http://imascu.upu.mohe.gov.my . Sebarkan maklumat ini kepada adik-adik yang memerlukan.

Apa pun, terima kasih kepada Koordinator MDAB, Puan Rohani Binti Jangga, diatas kesudian beliau menjemput kami.

Ahad ini (26/1/14) akan berlangsung program bersama Pelajar Pra Diploma UiTM Segamat pula. Waktu dan Tempat akan diupdate kemudian. 

malu.

Ok, itu sahaja untuk kali ini. bai~

No comments: