Pages

Wednesday, 9 April 2014

UiTM Dihatiku.

sedihnya nak tulis entri ni.

Ehem. Assalammualaikum, Hai! :)
Semua sihat? Bagus!

Entri ini khas untuk kawan kos transport dan investment terutamanya.


Masa kat sekolah dulu, Aku seorang yang tak berapa nak perempuan sangat. Tapi lepas masuk UiTM..
Tinggal satu semester, bergaul dengan budak perempuan, tidur sebilik, mandi setandas, makan sekedai,
baru ada perubahan sedikit demi sedikit.

Ada hikmah kenapa aku dapat dekat UiTM.

Masa Orientasi dulu, aku suka bawa diri. Tak rapat dengan siapa-siapa. Sampai keliling tanya, kenapa suka seorang diri? Aku jawab, "sebab seorang diri dapat mengenal ramai lagi dari berdua."

Betul.

Aku kenal Mala dan Lin. Aku tempuhi hari-hari dekat UiTM ni dengan mereka. Mereka yang paling rapat dengan aku. Yang selalu dengar cerita aku, ketawa aku, menyakat tak sudah.

UiTM Segamat ini yang telah menyatukan kita. Buat kita lebih berdikari, belajar hidup ditempat orang.
Dari situ juga aku kenal Yana, Hajar, Hajah, Saima, Oya, Eim, dan lain-lain.

Banyak kenangan kita kat sini. Kena sangat slogan UiTM Dihatiku.
Memang tempat ini yang berada dihati kita.

Dekat sini aku belajar keluar dari kepompong aku. Jadi yang lebih baik.
Belajar jadi perempuan walau masih tak sempurna. Belajar pakai kain batik. Faham slang Sabah si Lin dan Sai.

Pergi rumah terbuka Oya. Tengok cerita Mama dengan Eim. Layan runningman. Yana yang aku psiko dia suruh beli buku Fixi dulu, sekarang dah terlebih koleksi dari aku. Sai yang selalu dengar aku bebel. Jalan pimpin tangan macam budak-budak. Korang jugak yang banyak dorong aku untuk teruskan menulis walaupun aku masih belum berkarya.


Walaupun kita semua tak sama kos. Lain kelas. Bila korang berbual pasal subjek korang dan aku diam sebab tak faham apa.

Aku pun tak pasti macam mana aku seorang je kos DIIM yang sesat dalam kumpulan ni.
sedihnya.

 Mereka yang selalu dengar masalah aku, bagi kata-kata semangat. Terima kasih banyak banyak.
Lepas ni, kita semua akan jauh. Beribu batu.

Aku harap...
Korang tak lupa kenangan kita.
Sebab, aku janji...
Aku takkan lupa memori diantara kita.
Memori ini lebih berharga dari intan berlian.

Memori ini lebih indah dari zaman sekolah.


aku harap kau tak lupa kenangan ni. teruk kau kena buli dengan aku, Yana. haha!



Mala. aku harap kau simpan video tu. 







Oya, Lin , Saima, Eim.













bai. :')
sayang korang.