♥ Cinta,hanya kita. - Myera Nyera
Aku melihat dia
berlari jauh meninggalkan aku. Sudah perit tekakku memekik namanya. Kali ini aku tahu aku sudah keterlaluan.
Mungkin cinta ini akan berakhir disini. Namun bukan ini yang ku inginkan! Aku
hanya mahu kau tahu bahawa kisah cinta ini hanya antara aku dan kau bukan satu
dunia. Aku hanya mahu kita tahu betapa manisnya cinta yang kita lalui. Hanya
kita. Salahkah aku?
“Eh,Man. Betul ke kau bercinta dengan budak
perempuan yang cun tu? Part 4 kos business?
Wahh. Makin hebat kau sekarang!” kata Izat bersemangat sambil menepuk-nepuk
bahu Man. Man hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju dengan kenyataan
yang Izat berikan tadi.
“Suka hati kau je.
Jangan nak merepeklah. Aku dengan dia kawan je.” Man merundung
sendiri. Diperhatikan kiri dan kanan agar tiada siapa terdengar perbualan itu.
Dilihatnya Izat berlalu pergi. Kawan baiknya yang selalu ada disisi. Namun
bukan semua perkara akan dikongsi bersama.
Perempuan itu,Izatul Maysa. Sempurna buat aku.
Ya,dia kekasihku. Satu-satunya wanita yang aku cintai. Aku tak mahu
mengakuinya. Aku mahu simpan rahsia ini sampai satu saat nanti. Baru aku
umumkan.
“Man,sampai bila awak nak rahsiakan hubungan
kita? Siapa saya dihati awak?” Maysa menegurku.
“Maysa,saya bukan nak berahsia cuma saya nak
hanya kita sahaja yang tahu kisah cinta ini. Awak wanita yang sempurna dalam
hati saya. Salah ke kalau saya mahu menyintai awak dalam diam?” pujukku kaku.
“Ikut awaklah,Man. Terima kasih untuk akuan
itu.” Senyum Maysa. Manis.
Man melangkah bersama Maysa untuk teruskan kelas
yang telah ditetapkan. Ya. Merekalah satu-satunya pasangan kekasih yang masih
belum mahu mengakui kisah cinta mereka. Mereka kata ini kisah antara aku dan
dia bukan satu dunia. Namun jauh dihati Maysa,dia cemburu. Dia takut hatinya
dipermainkan.
“Maysa! Tunggu kejap! Aku nak tanya kau
sesuatu ni!” jerit Izat dari jauh yang sedang lari mengejar langkah Maysa.
“Ada apa izat? Aku nak cepat ni.”ujar Maysa.
Malas mahu melayan hal yang remeh temeh.
“Ala,kejap jela. Eh,kau bercinta dengan
Man,kan,kan,kan?”ujar izat yakin.
“Hurm,Ya. Kenapa?” ujar Maysa jujur. Terlupa
kenyataan bahawa kisah aku bukan untuk satu dunia.
“Tipulah. Hari tu aku tanya Man,tapi dia kata
tak pun. Kau kelentong aku ek?” Izat mengambil langkah untuk serkap jarang.
“Hah??! Dia kata
tak??!” jerit Maysa sakit hati terus berlalu pergi meninggalkn Izat yang sedang
tersenyum penuh makna.
Man duduk dibawah pokok Pine yang tertanam indah disudut jalan. Terpencil dan hijau. Dia terkenang kenangan indah bersama Maysa.
Ketika suatu petang dulu,mereka berjalan berpimpin tangan dipasiran pantai.
Walau aku dan dia agak malu-malu namun kami bahagia. Kami rasa dunia ini
bagaikan kami yang punya. Walau tiada siapa yang tahu. Hanya aku dan dia. Saat
indah itu berlalu dengan pantas. Namun,akhir-akhir ini bagaikan ada sesuatu
yang mencacat celakan kenangan ini. Maysa bagai merajuk denganku. Seolah-olah
menjauhkan diri dariku. Tidak tahukah dia bahawa aku terlalu merinduinya. Bagai
mahu menjerit memanggil namanya. Sayu hatiku. Apakah salahku kini?
“Maysa!” jerit Man. Man bangun dari kerusi yang
didudukinya dibawah pokok Pine tadi dan mengatur langkah untuk mendekati Maysa.
Maysa hanya diam membisu. Mukanya kelat. Bagai ada sesuatu yang dipendamnya.
Man tanya berkali-kali. Mendesak,mendesak dan terus mendesak sehinggakan..
“Cukuplah,Man!!” Maysa menjerit marah dan dia
campak buku-buku yang dipegangnya ketepi.
“Cukuplah. Saya dah penat. Saya dah penat
dengan sandiwara awak! Dengan saya awak kata lain. Tapi dengan Izat awak cakap
lain!” bentak Maysa.
“Awak cakap apa ni,Maysa? Saya tak faham. Apa yang izat cakap?” soal Man bertalu-talu.
“Jangan berdolak-dalih lagi Man. Awak kata
pada Izat yang kita tak bercinta. Tapi dengan saya? Awak kata awak cintakan
saya!” Maysa mula menanggis dalam marah. Kini semua yang terpendam sudah pun
diluahkan.
“Maysa,awak lupa ke? Kan kita dah berjanji
untuk biarkan kisah cinta ini hanya aku dan kau bukan satu dunia. Kalau kerana
kenyataan inilah awak sampai tak bertegur dengan saya,saya minta maaf,Maysa.
Namun hati saya tak pernah menipu. Hati saya hanya milik awak.” Man jatuh
terduduk. Tunduk kesal.
“Saya mahukan cinta yang tampak dimata
mereka,Man. Cinta yang nyata. Jujur saya katakan,saya cemburu melihat mereka
bercinta tanpa perlu segan-silu. Saya hanya mahu mereka tahu tentang hubungan
kita.” Tanggis Maysa sayu. Matanya mula sembap dan kemerah-merahan. Dalam hiba
dia mengatakan “Saya rasa..saya tak layak buat awak,Man. Saya minta maaf.” Kata
Maysa sambil mengutip satu persatu bukunya dan mula melangkah pergi
meninggalkan Man.
Man mula sedar yang dia sudah kehilangan cinta
dari Izatul Maysa. Dia melihat Maysa pergi dalam pandangan kabur akibat dari
linangan airmatanya yang mencurah-curah. Dalam hiba.
“Izatul Maysa Binti Zaharan! Aku cintakan kau
seorang sahaja didunia ini. Aku mahu kisah cinta kita hanya antara aku dan kau
bukan satu dunia. Ya. Walaupun kadangkala,aku ingin menjerit bahagia untuk
beritahu satu dunia bahawa aku sangat merinduimu,mencintaimu! Cinta,hanya
kita!” jerit Zamani Sulaiman dengan
lantang dan penuh syahdu. Airmatanya
deras mengalir. Dan akhirnya dia tertunduk kembali. Kali ini dia tak peduli lagi setiap bisikan
suara dan pandangan mata yang sedang memerhatikan kisah cinta mereka. Dia puas
walau mungkin ianya takkan bercantum lagi.
Bunyi tepukan gemuruh dari orang sekeliling
menyedarkannya. Izat sedang memegang kamera video dan berdiri disamping Maysa. Man
mula sedar bahawa ini satu sandiwara. Dilihatnya Maysa memegang kek Selamat
hari lahir yang ke 21 tahun buatnya. Man terpinga-pinga. Seolah-olah baru sedar
dari mimpi yang ngeri.
“Akhirnya,kau megaku jugak yang kau cintakan
Maysa. Dulu aku tanya,mati-mati kau nafikan segalanya.” Ujar Izat tersenyum.
“Apa semua ni? Maysa? Izat?” soal Man. Matanya
masih merah akibat terlalu syahdu melayan jiwang. Tanpa dia sedar yang Izat
sudah lama merakamkan segala sandiwaranya bersama Maysa sebentar tadi.
“Rileks,Man. Selamat hari lahir wahai sahabat
baikku. Ini hadiah untuk kau yang paling indah aku bagi. Sebab kau tak nak
mengaku sendiri,jadi aku pakat dengan Maysa untuk kenakan kau. Tulah,siapa
suruh jual mahal sangat. Kan dah kena bang bang boom! Hahahaha!” ketawa Izat.
“Sampai hati kau Izat! Aku ingat tadi aku dah
hilang Maysa. Untuk Maysa,aku sanggup buat apa sahaja. Aku cintakan dia tapi
aku mahu kisah ini menjadi kisah aku dan dia sahaja. Mungkin aku salah.” Mata
Man bertentang dengan Maysa.
Maysa mendekatinya. Dihulurnya kek yang sudah
terpasang lilin. Man meniup lilin itu. Maysa meletakkan kek itu ke tepi dan
mengelap airmata Man.
“Maafkan saya. Saya cuma mahu tahu kebenarannya.
Dan ternyata ia cinta. Cinta kita. Tapi kini tidak lagi menjadi rahsia. Izat
pujuk saya untuk kenakan awak. Sempena hari lahir awak. Saya tak nak. Tapi kata
Izat,mungkin dengan cara ini dapat membuka mulut awak untuk memberitahu rahsia
kita. Kalau awak tak jerit tadi,mungkin awak benar-benar kehilangan saya. Saya
juga mencintai awak,Zamani Sulaiman. Selamat hari lahir,sayang. Maafkan saya.”
Tutur Maysa lembut. Man tersenyum. Digenggam erat tangan mulus itu. Bagai tak
mahu dilepaskan lagi.
“So,lets celebrate
our romeo's birthday.” Kata Izat memecah suasana.
Dipotongnya kek dan dihulur kepada Man. Man mengenakan Izat dan Maysa.
Man calitkan krim kek itu ke pipi Maysa dan hidung Izat. Mereka berkejaran
ditaman indah itu. Pokok Pine menjadi saksi kebahagiaan mereka. Suara
teriakkan,tawa silih berganti.
Man menghantar Maysa pulang ke rumah. Sebelum Maysa
melangkah masuk ke rumah,Man bisikan sesuatu yang membuatnya senyum malu.
“Lepas interview
minggu depan,kalau tak ada aral melintang,insyaALLAH,saya hantar rombongan
meminang,ek?” kata Man sepatah demi sepatah. Maysa kaku. Namun,dia tunduk malu.
Mengangguk setuju.
“Man! Tahniah! Kau dah nikah pun akhirnya.
Nah,ni hadiah kahwin kau dengan Maysa. Jangan
berebut,okey? Hahaha. I got to go now. Next year i will be back,insyaALLAH.”
Kata Izat. Dia mahu pergi menyambung pelajaran ke Australia. Mungkin dia akan
bertemu jodoh disana.
Man dan Maysa membuka hadiah yang diberikan
oleh Izat. Sekeping cakera padat. Tertulis ‘Cinta,hanya kita.’ Berserta nota
pendek dari Izat. kalau korang bergaduh,tengoklah balik video ni. Mungkin ia
dapat buat korang tersenyum indah. Tahniah sekali lagi buat korang. –Izat
Maysa memasang cakera padat tersebut untuk
melihat video apa yang diberikan oleh Izat. Skrin itu memaparkan tajuk
‘Cinta,Hanya kita.’ –Man dan Maysa-
Izat telah merakamkan segala gerak-geri Man dan Maysa. Semasa mereka dipantai. Pertama kali memegang tangan. Sehinggalah saat Man mengatakan “Izatul Maysa Binti Zaharan! Aku cintakan kau seorang sahaja didunia ini. Aku mahu kisah cinta kita hanya antara aku dan kau bukan satu dunia. Ya. Walaupun kadangkala,aku ingin menjerit bahagia untuk beritahu satu dunia bahawa aku sangat merinduimu,mencintaimu! Cinta,hanya kita!”
Izat telah merakamkan segala gerak-geri Man dan Maysa. Semasa mereka dipantai. Pertama kali memegang tangan. Sehinggalah saat Man mengatakan “Izatul Maysa Binti Zaharan! Aku cintakan kau seorang sahaja didunia ini. Aku mahu kisah cinta kita hanya antara aku dan kau bukan satu dunia. Ya. Walaupun kadangkala,aku ingin menjerit bahagia untuk beritahu satu dunia bahawa aku sangat merinduimu,mencintaimu! Cinta,hanya kita!”
ni bukan BF. ni BFF pun bukan. SBF lagilah bukan. :)
25 comments:
menarik :)
best !
sweet sangat ;)
saya nak kahwin dengan zamani sulaiman ni boleh tak? :)
sangat indah :')
cinta bukan mainan, tapi ttg perhubungan lama, antara hidup dan mati.
fsa : boleh jek kalau wujud kuikuikui ^^
ayu : betul tu ^^
SWEET =)
syura : thanks
kreatif .. pandai buat cerpen ;)
nape tak mysara je nama tu kan senang..keh2x
mee : thanks ^^
kak aii : amboiiiii suka ati jek
WOW .. MENARIK .. BEST ..
smart! :)
tq ^^
Follow sini.. jom follow afiq juga.. huee
mohon buat novel. :3
amboiiii hehe ^^
awesome sgt kak mell , buat lah novel . hehe . yg gambo tu sape ha ? jengjengjengg .
skandal wkakakaka adek akak la ^^
dah padam entri giveaway ke? sbb baru nak inform yg ada org nak sponsor domain. if tak jadi nak join, okay.
apa2 nnt inform kat cbox ye
Jemput Join Ga Ini Untuk Rebut Peluang Menang Maxi Dress!! ==>http://faralalalala.blogspot.com/2012/11/quick-giveaway-by-sukka-izzah-ismail.html
Maysa dan Man tu awak dan boyfriend ke ? hehe
Menarik. Bley jual ni. hehe
Post a Comment