Pages

Tuesday, 26 November 2013

Review Novel : Dendam | Affifudin Omar | Fixi


Assalammualaikum, Hai :)
Lama tak buat review.

Hari ni nak review novel Dendam.
Sebenarnya dah lama habis baca novel ni cuma belum ada kesempatan je nak buat review.

Novel ni pasal Khalil Gibran, seorang pendendam. Yang menceritakan perjalanan dendam dia sampai ke tahap bagaimana dan mengapa. Kalau korang baca memang tak terkata. 

Dendam dia sampai tahap makan diri sendiri. Persoalannya sekarang, adakah dendam dia terbalas?
Sempat tak dia bertaubat? Kembali ke pangkal jalan? 

Semua tu akan terjawab bila korang baca novel ni. Memang best dan menginsafkan. Kejam juga menakutkan. Tak, takde unsur-unsur seram pun HAHA!

Aku bagi 5 bintang untuk buku ni. Kepada penulis, Keep it up! 

Aku suka watak Khalil Gibran ni. Manusia yang tak tahu kenal erti putus asa.
Bagus untuk motivasi diri jugak ni.

:)

Monday, 11 March 2013

BANG BANG BOOM : HARI JADI AKU DAN FIFA.

Oh, Hai Assalammualaikum :)
pada hari sabtu (9 mac 2013) telah berlakunya prank tak menjadi.
aku dapat hidu dulu hahahahhahaha :P


yana lah gelabah tak tentu pasal. haha.
aku lak rajin menyakat bertambah gelabah dia.
aku baru balik dari JB hari tu.
penat gile badan.




me.


fifa.


lili, fifa, aku, yana, nurul. <3


nurul. dari pre-commerce sampai la ni still together ^^





tika, aku, nurul, lili <3





kek pandan angry bird. sayangggg korang sebab alert aku tak makan coklat ^^




a billion thanks to all of you. for the cake. the party. the prank. the presents and wishes. ^^

balik jek dari prank tengok atas meja ada benda ni ....

terharu gile! terus on call suruh lin bukak loudspeaker. aku jerit kuat kuat. haha. thanks!

best day ever! jumaat spend time with BFF. 

aku tido senyum kot. ^^
hari ni lak MC 2 hari.


thanks buat aku happy!! ^^

Monday, 18 February 2013

Review Novel : Cerpen | Nadia Khan | Fixi



Oh, Hai Assalammualaikum :)
sebenarnya, aku habis baca buku ni dulu sebelum Tabu.
hari yang aku plan nak taip entry ni, terbantut kehkeh.

sepertimana kelabu ianya tak mengecewakan aku.
antara koleksi cerpen dan skripnya:-
  1. Mana Dia Pergi?
  2. Puaka Pak Jaha
  3. Pinjam Masamu, Kak
  4. Lara Di Hati
  5. Cikgu Din
  6. Teleportasi
  7. Janji Kak Long
  8. Nasi Putih Daging Cincang
  9. Epilod Damak
  10. Anak Dinihari
  11. Cili
  12. Kopi Tiga Suku
  13. Budak Baru
  14. PWTC
  15. Kopi Kola
  16. Kopi, Adele dan Bubur Ayam McD
  17. Cinta Sekeping Tisu
  18. Ada Apa Dengan Kina
  19. Aku, Kesesatan dan Kelab Penari Bogel
  20. Nakahari


cerpen dan skrip mana menjadi pilihan aku? jengjengjeng~

Mana Dia Pergi?
Puaka Pak Jaha *hot
Cikgu Din 
Janji Kak Long
Nasi Putih Daging Cincang *yang ni agak rare
Epilog Damak *hot
Anak Dinihari *hot
Kopi Kola *hot
Kopi, Adele dan Bubur Ayam McD
Cinta Sekeping Tisu *hot
Ada Apa Dengan Kina *yang ni rare
Aku, Kesesatan dan Kelab Penari Bogel
Nakahari

skrip pulak

Cili
Kopi Tiga Suku *hot (macam aku pernah baca sebelum ni, tapi......)
Budak Baru *hot


Oh, sebelum terlupa, cerpen PWTC ada menjelaskan serba sedikit tentang Novel Kelabu.

Dan aku setuju jika Kopi Kola di novelkan. sangat menarik perhatian aku.

selepas baca cerpen, aku teringin nak belajar buat skrip, tapi macam pening kepala jek? haha. Dan sekiranya pengarah kat luar sana tak grab skrip Nadia Khan sepantas mungkin, anda akan menyesal. sebab skripnya best.
Tak seperti cerita melayu yang sering dilabel sebagai 'typical malay movies'.

dan aku tak pelik kalau skrip beliau dapat menarik perhatian remaja muda mudi.

kepada Nadia Khan, teruskan menulis ^^

cerpen ada apa dengan kina tu kebetulan sangat dengan persembahan teater PAC yang lepas yang bertajuk Masalah kalau tak silap. yang sama nama Kina tu jek kahkah.

Nadia Khan.


credit gambar dari Cerpen page.


5 bintang bak anq  aku bagi ^^

p/s yang hot tu wajib baca, meleleh segala airmata , hidung, mulut. ceh.





Sunday, 17 February 2013

Review Novel : Tabu | Shaz Johar | Fixi


Oh,Hai Assalammualaikum :)
Pada mulanya aku tak nak buat review novel ni.
sebabnya aku terlalu kecewa.
semalaman aku habiskan masa aku baca novel ni semalam.
aku habis baca pukul 3 pagi.

memandangkan semalam aku lepak bilik kawan aku,
agak susah nak tido.
lalu aku ambil keputusan untuk terus membaca buku ni.
habis jek baca buku ni,
aku tercenggang kejap.

masa baca sinopsis cerita,
otak aku ligat duk imagine yang cite ni thriller habis.
ni semua gara gara terlalu banyak baca buku Ramlee Awang Murshid la ni.

tapi apa kan daya, yang di-imagine tu tak kesampaian.

Bibi, awek 30an yang sama saiz dengan aku. kerja kerani yang lebih kurang aku pernah kerja dulu cuma dia lagi sadis. kawan baik dengan Kim. yang jugak sama saiz dengan aku. Musuh dengan Anne yang pun sama saiz dengan aku. Bibi bercinta dengan Mosi *sila teka sendiri bangsa ape* rajin mesej dengan Nadim. Terskandal dengan Akil. 

aku kecewa part ending tu.
ayat terakhir dia.

'Lantaklah.'

Kalau aku jadi Bibi aku rembat jek nadim tu Kahkah
plot penceritaan tak suspen.
tak sampai ape yang nak disampaikan tu.
macam tetiba lost.
aku yang baca pun rasa macam sesat kejap.

satu aku perasan, gaya penulisan seseorang men-describe diri dia.
tak semua lah, ada certain part.
dan aku tak setuju part seksual tu.
aku dah cukup dicuci dengan seksual masa baca buku Lelaki Eksistensial.
tapi aku terima sebab gaya dia menulis tu menarik perhatian aku.

sebelum aku tulis entry ni.
aku dah search review tabu.
rata-rata semuanya kecewa.

akan tetapi, aku akan look forward next buku dia.
satu kecewa tak semua kecewakan?
aku nak ushar kougar nanti.

aku blaja ayat kougar ni dari Barney Stinson.
kahkah aku peminat How i met your mother. tapi aku cuma ada koleksi sampai season 4 jek -__-'


aduh. aku tak tau la nak taip ape lagi.
cuma satu jek la, penulis Fixi peramah ^^
Shaz Johar RT gua ,bai!

Shaz Johar



credit gambar kat Tabu Page

4 Bintang.


Wednesday, 6 February 2013

Review Novel : Lelaki Eksistensial | Nami Cob Nobbler | Lejen Press


"Ya - seperti mati hidup begini." (Lelaki Eksistensial, Nami Nob Cobbler)



Oh, hai Assalammualaikum :)
Hujan lagi dibumi Segamat.

hari ni nak review novel dari Lejen Press.
jiwa aku dah mula menjiwai buku-buku begini.
Ya, kadang kala bosan juga berfantasi.

Sekali-sekala aku nak kena jugak hadap dunia realiti.
Dunia yang kalau boleh semua orang tak nak hadapi.

Lagi-lagi orang seperti Lelaki Eksistensial.
dan betul, manusia terlalu menilai rupa dari isi.

Buku ni banyak bermain dengan sejarah, seksual, cinta dan yang pasti kisah silam yang nyata.
hidup yang penuh tanda tanya.

aku suka cara watak lelaki ini mengawal wanitanya dengan gaya cool abadi.
sangat cool sampai aku rasa respek habis.

pada mulanya aku tak agak langsung semua ni ada kaitan dengan kisah duka dia.
well at the end dia dapat gak apa yang dia nak.
cuma segalanya masih menjadi tanda tanya.

mungkin ya.
mungkin ya dia terhutang budi.

apa pun aku pasti penulis meminati liverpool.

haha.
bercerita tentang penulis,



terkejut aku dapat tweet dari penulisnya sendiri. rasa macam mimpi. hari apa ni?

boleh rujuk review dari blogger lain juga di sini.

"Aku tak pernah rasa begini. Aku tak pernah tahu apa yang aku nak. Aku rasa hidup aku macam celaka." (Lelaki Eksistensial,Nami cob nobbler)

4 bintang *

ok bai!

p/s memang lepas ni aku tak layan novel lain dah. nak mulakan bacaan novel cerpen by nadia khan pulak.

Tuesday, 29 January 2013

BANG BANG BOOM : HARI JADI YANA.

Oh, Hai Assalammualaikum :)
lepas jek habis explorace.
balik mandi, solat terus ke bawah zamrud.

aku dah plan baik punya dengan nurul nak kenakan yana kehkehkeh

malam sebelumnya aku dah ugut yana kat fb,
aku cakap nak simbah dia dengan air longkang.
boleh pulak dia percaya -_____-

memula aku plan nak kenakan dia kaw kaw.
tapi disebabkan aku penat yang amat sangat,
yelah, baru habis explorace -____-
aku pedajal dia sikit jela.

kesian.

masa aku amik dia kat bawah kolej,
aku terkejut yang amat.
why?


dia pakai baju biasa jek.
lepas dari aku pedajal dia, aku tanya awat?
dia kata sebab dah redha nak kena simbah air. wkakak sengal amat.

dah aku pulak yang nampak macam bufday girl.
masalah betul wkakka

meet yana, the bufday girl. padan mukee kena prank wkakka~

sebenarnya, aku dah sumbat telinga dia pakai earphone tau.
tapi kite orang boleh lagi bebual.
cakap kuat kuat macam orang gile dah -_______-


bukan buat ape pun, saje bawak dia jalan jalan pusing satu uitm. lepas tu bila dia tanya, aku cakap kat padang kawad. wakkaka

sengih jek masa ni sebab berjaya teka lokasi yang betul -____-


nurul punya pasal la ni. boleh plak dengan comel dan baiknya dia gtau nak sambut kat mana.
adeh. nasib aku pandai pusing.


tadaaaa~~~
kek-ke-piza-pah eh
sori takde kek.
semua busy tak dan nak kua.

pasrah kena prank, kan kan kan? wakkakak

tika, nurul, aku, yana

aku, fifa, nurul, yana


fifa, nurul, tika, yana

dua hormat, dua turun, dua hormat, dua turun. eh

nenonenoneno~ kereta api nak lalu

pranker wakakka




tetibe rasa macam tengah feeling hindustan. -_________-

p/s dorang rancang nak prank aku, kite tengok sape yang kena~~~~

wakkaka.



Friday, 18 January 2013

Review Novel : Kelabu | Nadia Khan | Fixi




Oh, Hai Assalammualaikum :)
saya masih demam kalau tu yang awak nak tanya. eh

aku habiskan masa dua hari membaca novel ni.
pada awalnya aku keliru.

aku sedang menghayati watak utama dengan penuh angkuh dan bajet.
tetiba, watak bertukar.

aku amik masa jugaklah nak hadam otak aku.
sebab bukan senang nak menjiwai watak utama ni.

yang penting, gua tabik spring la kat Nadia Khan.
bukan senang nak menjiwai watak lelaki. yea.

cerita yang simple tapi penuh drama. tak. tak. ni bukan gossip girls.
banyak phase dan cabaran.

cuma ending dia. ending dia!
aku tak dapat teka. so sape yang dah baca, sila bagi aku jawapan.

sebab aku tak dapat teka dalam keadaan selsema macam ni T_T

oh, btw, aku nangis di muka surat 436 dan 442.

:'( spontan actually. sobs.

mencik tau. musti korang gelak kan kitewww. *motif?

buku ni dibeli masa en aqram datang menyerang uitm segamat. aku ada kor.
so memang taklah nak beli. aku mesej semua kawan aku, yang free cuma fsa yang comel lagi cun bertambah menawan. hambek kau. kau ado?

memang berterima kasih jugaklah kat si cantik cun melampau ni.
melayang 45rm aku. T.T
buku ni 25rm. buku definisi cinta #1 20rm.

tapi berbaloi hoi!
lepas ni fixi memang akan jadi koleksi aku yang TAKKAN AKU JUAL. sekian.

so kepada kawan aku yang beria suruh aku jual tu, sila nanges sekarang.

oh, dapatkannya sementara stok masih ada.
sila habiskan baucer buku dengan membeli buku fixi. wkakakaka




aku layan ending cite ni dengan lagu usah lepaskan oleh taufik batishah. umangggaiiii. jewang beno kau?

syhhhh~

5 bintang baq hang aku bagi. kau mampu?