Pages

Friday, 30 December 2011

Kiki Zainal Si Tukang Suara.

just nak promote retis kita sorang ni. kawan aku masa pre commerce dulu sekarang kat uitm,puncak perdana.




ni masa malam dinner pre commerce kami ^^,







ni antara video yang dirakam oleh beliau dan rakan rakannnya.









boleh view dekat http://www.youtube.com/user/tukangsuara atau search fb/kikizainal.



p/s btw,gudluck kiki! ^^,

memori 2011.

  1. sambung diploma pengurusan maklumat 
  2. susah payah angkut barang pergi uitm,segamat sendiri dengan menaiki bas.
  3. ada je orang nak hulurkan tangan untuk ringankan beban 
  4. terlalu banyak benda baik yang datang 
  5. gastrik makin teruk 
  6. dapat repair handphone kesayangan 
  7. pengalaman pergi kuala lumpur soran-sorang (ada awek belanja air dengan mentos) 
  8. ceri  ♥ ,cheese cake  ♥ ,heels? no komen.
  9. terlalu busy sampai kena marah T_T
  10. bel120 yang awesome! 
  11. jarang update blog 
  12. pertama kali buat 'segmen'   
  13. jumpa semua 'anak-anak' 
  14. jumpa rina senget 
  15. twin  ♥ , fia  ♥ , ili  ♥ .
  16. beralah demi kebahagiaan orang lain 
  17. berusaha kawad dengan baik walaupun asyik lupa step T_T
  18. happy-go-lucky 
  19. hampir berjaya kawal emo 
  20. pakcek makcek yang salu bagi 'nasihat'  ♥ (fadz,thanks)
  21. still tak dapat jumpa dyra 
  22. elaun intensif makanan tak masuk lagi 
  23. berjaya kurangkan makan megi (sebenarnya sem ni perut macam menolak megi maybe sebab sem lepas dah terlalu banyak megi dimakan) 
  24. still tak kurus lagi 
  25. i survive MDS 
  26. pertama kali ada orang puji suara katak saya merdu kahkahkah 
  27. join tumblr 
  28. rapat (kot) dengan cikbelogkayangan (satu kampus) 
  29. novel berjaya dijual 
  30. telan segala bagai pil kurus tetap maintain chubby kahkahkah 
  31. berjaya tahan sakit kaki pakai heels 


ahhhhh! pendek kata i survive 2011 

THANKS TO YOU ^^,


sekadar gambar hiasan.

Sunday, 18 December 2011

aku busy.

rindu blog T_T

aku busy. assigment memanggil-manggil. tapi dalam pada busy tu aku sempat lagi mengarang cerpen heh. jual novel. merayap sana sini. ok busy giler.

malas nak taip panjang-panjang (kat library ni -____________-)
tak reti taip pakai keyboard ni sobs.
janggal giler.


dah dah.
aku busy .
bai
T_T

Sunday, 11 December 2011

lelong-lelong : NOVEL


SOLD OUT
RM15 tak termasuk postage



SOLD OUT
RM15 tak termasuk postage

SOLD OUT
RM15 tak termasuk postage



SOLD OUT
RM15 tak termasuk postage

SOLD OUT

SOLD OUT

SOLD OUT
RM15 tak termasuk postage

SOLD OUT


SOLD OUT

SOLD OUT

SOLD OUT
 RM15 tak termasuk postage

SOLD OUT
RM15 tak termasuk postage


Pembayaran adalah melalui CDM Bank Islam atau Maybank SAHAJA.
Untuk membuat tempahan, sila PM FB MYERA NYERA dan sertakan:
-NAMA-
-ALAMAT-
-TAJUK BUKU-


p.s TERIMA KASIH ^^,



Saturday, 10 December 2011

rokok dan kopiah II





tajuk entry dan vlog matlutthfi ni sekadar hiasan aka nak bagi gempak sket. yang aku nak cite ni pasal kopiah bukan rokok. gua sentap dengan kopiah.


kisah ni,kisah benar. gua sentap dengan pakcek kopiah ni. salu gua tengok kat tv jek drama macam ni. tapi kali ni gua tengok live depan mata gua.

gua salu perhatikan org,gua tengok ramai gak yang cari rezeki halal. termasuklah pakcek kopiah ni. nak dijadikan cite,gua dapat tau halal tu jadi terlampau halal sampaikan ati gua sentap sangat-sangat dengan kopiah beliau.

'adik nak p mana? pakcek antaq sat mau? murah ja. rm5.'

sampai destinasi *

'adik,tambang rm15,na.'

sentap *

'pakcek tak tipu aihhh. pakcek orang surau. DEMI ALLLAH.'

makin sentap *

'pakcek doq cita ni pasai pakcek pakai kopiah. betul' (berkata-kata dengan yakin)

sesentap *

nak dijadikan cite,gua bayarlah rm15 tu.
selepas tu,gua nak g melaka.

'pakcek caj rm25 ja.'

sampai destinasi *

'semua sekali rm75,dek.' (senyum buat muka tak bersalah)

sesesesentap *

pernah jadi,gua balik kete sewa elok tapi 4jam lepas tu

'dek,keta tayar bocor ni dek.'
 'huh? mende ni bro,tadi elok jek.'

mamat kete sewa datang tunjuk bukti tayar kete bocor lepas 4 jam *

gua ati panas ,melayang rm120 *

gua balik kampung dengan kawan.

besoknya gua balik sorang.

'takpa aihhh. pakcek takut kena sebat. meh pakcek antaq meh.'

berhenti tepi lorong dan kena sebat dengan pakcek tu (dirogol) *

gua ati panas *

moral of the story : budak budak part one/pra dip yang tak tahu menahu pasal pakwanca/kete sewa , gua sarankan jangan gatal cari masalah. gua serious ni. salah satu scene kat atas tu,scene yang gua kena sendiri. disebabkan takde saksi dan bukti,member gua terpaksa tutup mulut. gua jenis muka tak malu. jadi takat nak sebarkan bukan masalah bagi gua. gua dah gtau ek,jangan cari masalah. gua tengah panas ati ni.



kopiah kat kepala bukan untuk TUTUP segala bagai gejala tu ek pakcek. budak u,tolong jangan jadi bodoh. dan gua antara budak u yang tak bodoh. lepas ni jangan datang kat gua gtau 'ha'ah la kak/mel,memang betul pasal kisah pakcek pakwanca tu dengan kete sewa' sambil menangges tergedik-gedik * memang saje kena sepak dengan gua japg.



hati sentapppp *



gua nanges lepas tengok ending vlog matluthfi kat atas tu .

Monday, 5 December 2011

semua melarikan diri.

aku tak faham dengan manusia ni. straight forward salah,diam salah,cakap salah. habis apa yang dia nak? terus mengelak dan larikan diri dari masalah yang remeh temeh ni? bagi aku masalah ni sangat remeh tapi oleh kerana semua melarikan diri,aku jadi terpinga-pinga. sampai mengganggu waktu tidur aku. terlalu banyak benda yang boleh disetelkan dengan cara baik terus jadi tak ok.

aku tak tahu lah sama ada aku yang terlalu emo atau memang semua orang tengah emo? masa aku tanya semua jawab ok,takde masalah. tapi kat belakang berkomplot untuk tikam aku. aku tak kisah kalau semua tak percaya kat aku. semua orang ada hak nak tentukan sama ada aku betul atau tidak kan?

aku tak kisah dihentam secara tiba-tiba sebab aku da biasa. orang tak penah pun fikir untuk tanya aku,
 'whats wrong with you?' 'why are you acting like this?' blah blah blah.

mereka matured. aku tak. mereka lebih banyak pengalaman. aku tak. bila aku minta untuk dibimbing,mereka katakan aku masih budak. dan kini mereka semua melarikan diri. ya. memang salah aku. salah aku sebab aku memang sentiasa salah. jadi tolonglah betulkan aku. betulkan tingkahku,kataku,tuturku.

sampai bila semua orang nak larikan diri? kiamat dah dekat.



kalau kau mintak aku pergi jauh dari hidup kau pun aku sanggup. sebab aku tak mahu terus melukai.



p/s ini bukan entry cinta. aku single,sekian.

Saturday, 3 December 2011

JIM1101A.



tu jadual aku -______- kelas pack giler.

Monday : MGT162,DK1 (10-12) *kelas jauh T_T
 IMD102,U201 (12-2)
IMD103,U001 (2-3)
BEL120,U014 (4-6)

Tuesday : IMD101,MK PC BLOK I (8-10)
IMD101,U110 (2-3)

Wednesday : BEL120,U310 (8-10)
                       MGT162,U106 (10-12)
                 IMD102,AV1 (2-4)
                 HBU114,BK8 (5-7)

Thursday : BEL120,U310 (8-10)
               IMD103,U004 (2-4)
               CTU101,U103 (4-6)

FRIDAY?? TAKDE KELAS!! HAHAHA :D

aktiviti sepanjang bulan 12 ni T_T

6/12/2011 : MALAM TAUTAN UKHWAH SEKTOR C
7/12/2011 : AGM BPC
10/12/2011 : GOTONG-ROYONG SECARA BERJEMAAH SEKTOR C
17/12/2011 : AGM IMS
21/12/2011 : HBU114 TEST

*sila pengsan sekarang (pengsan)




she's the one make me smile and give me a shoulder to cry on,thank you.


one of 'em is my bestfriend ^^, her name is shu and she is 20 y/o from selayang.
dia baik giler kot. salu tegur aku.
contoh: 'mel,tali kasut tu.' (tercabut)
'mel,ada kambing biri-biri kat tudung.'
'mel,tak baik awak ni (ketawa sopan giler)
'mel,sukeenya dia' (aku ketawa gegiler)

sweet isn't it? memang sweet pun. so,to shu. thanks dear :) i hope our friendship will stand last forever!
thank you for always be a good listener,good adviser and keep smiling on me :)
thank you for always stay by my side, thank you for everything you did for me without any sigh. 
if you ask me why i choose you to be my bestfriend? it's because you're the choosen one ^^,

it might not be easy as i think.


sitting alone in the middle of darkness might be one of my habit. when people used to think that wasn't the right thing to do,i started felt guilty. why is this happened? can't i just wish that you're truly here? stand by my side and hug me then whisper at my ear to say that 'nothing will change. whatever happen keep your faith in ALLAH and i promise that i will always stay by your side.'

well,they not an angel. as well.

Monday, 28 November 2011

stop judging them!

yang selalu kita dengar...

"Mak tak nak kau kawan dengan si polan tu, dia tu bodoh!'
"Aku nak kau pergi sekolah belajar pandai-pandai jangan jadi macam si polan tu,pemalas!"
"Aku dengar kau kawan dengan budak soSIAL tu,tak payah la weh. dia tu dah lah soSIAL kang kau pulak kena tempias."
"Budak tu akidah dia dah takda. entah solat tu diterima ALLAH ke tak kita pun tak tau. malam-malam dok balik lambat,pi clubbing la tu."
"kau jangan kawan dengan dia eh,aku tahu kau kawan dengan budak yang tak bermoral tu siap kau!"


stop judging them!

kita ni semua tak sempurna mana pun,sibuk nak angkat kain orang tu buat ape? dari kau teropong dalam kain orang lain baik kau jaga anak kau,diri kau,keluarga kau. aku tak faham kenapa manusia ni suka na nak bangga diri,nak bandingkan diri dengan orang lain. padahal orang lain tu pun sama jek macam kita,sibuk banding membanding. ape? ingat ni barang kat pasar raya ke nak banding bandingkan?

cuba open minded sket. tak. aku bukan suruh jadi jalang. tapi berfikiran terbuka untuk sesuatu isu. contohnya isu ni. kau nampak orang lebih sikit dari kau,kau da macam cacing kepanasan. kau nampak benda yang tak sempurna terus kau cerca. kau penah pk tak yang kau tu pun tak sempurna? tak? aku dah agak da.

kadang-kadang ada beberapa benda yang kita kena terima tanpa menghakimi. kau nampak dia macam soSIAL,tapi kau ada nampak ke dia tu bersoSIAL? dari kau sibuk jadi internet bergerak,media massa yang tak diiktiraf,ada baiknya kau tolong bawak budak tu ke pangkal jalan. kalau kau rasa kau tak layak,mintak tolong orang lain. kau dapat pahala,dia selamat dari hanyut kesana.

bukan senang nak ubah pemikiran manusia ni. kalau awal-awal lagi mindset korang dah macam tu dan korang tak terfikir nak ubah,sampai matilah korang macam tu :)

meh layan matluthfi meh :)


Saturday, 26 November 2011

lonely.

sepanjang MDS aku bawak diri melangkah tanpa ditemani sesiapa. 
rupanya dalam diam ada yang rajin memerhati gerak-geri aku. 
hahak.
 aku bukan ape,aku nak bagi komitmen masa MDS walaupun ada part-part yang aku tak mampu. 
bayangkan kalau aku makan dengan kawan-kawan pasti aku habis lambat gara-gara banyak sangat bebual. sebab tu banyak aktiviti yang dijalankan masa MDS semuanya hanya aku tanpa 'bayang-bayang lain' disisi aku. aku baru perasan ni ada yang memerhati gerak-geri aku.
 macam tadi,aku makan kat uptown sorang-sorang,kawan aku tanya,kau ni lonely jak ka idup kau? 
aku cakap, tak lah. 
memang tak pun. 
aku ada jek kawan,tapi kawan aku semua senior korang. 
classmate aku budak,roomate aku budak. 
yang sebaya dengan aku dah part bape. 
so yang aku nak sampaikan kat sini,jangan pelik kalau nampak aku sorang-sorang. 
aku memang macam ni. 
ada masa aku g bandar pun sorang-sorang. 
kita hidup kat u ni tak boleh nak bergantung pada orang lain mahupun ditemani orang lain sentiasa.
 kadang-kadang 'lonely' ni mematangkan kita. 
tak payah nak berkepit sangatlah. 
setakat ni walaupun yang 'akrab' dengan aku tak ade salu disisi aku, tapi yang kenal aku (aku tak kenal),yang aku kenal, yang tahu nama aku, ada jek yang tegur. 
aku ada jek kawan, cuma aku lebih suka bergerak solo. 
bagi aku, jangan kita berkepit ramai tapi dalam ramai-ramai tu ada yang membenci kita. 
aku lagi suka aku kenal ramai walaupun aku bergerak solo. 
biarlah orang tengok aku kejap dengan dia,dia,dia janji aku bahagia.
 tu pun da cukup.
 kelakar pulak bila ada juga mata yang prihatin memerhati gerak -geri aku ^^, thanks by the way! 




p.s modul tadi best!!

Friday, 25 November 2011

handphoneku sayang.

aku dah nak tumbang ni.
 time-time macam ni lah hp ni nak bermanja. 
hp aku otw nak blank ni screen dia. 
nak tukar,duit pt pun tak dapat lagi. 
aiseh.
 lepas ni kalau tetiba korang kol,mesej aku langsung tak angkat,mintak ampun la ya. 
hp buat perangai 
-_______-
(comel tak muka tension aku? wakakaka)

p.s awak, saya bz.
 banyak lak aktiviti.
 awak,awak yang rajin doakan saya, tolong saya,bantu saya tu...
terima kasih banyak-banyak yek ^^,
'ALLAH sentiasa permudahkan segala urusanku. dam-dam,aku rindu kau..........'

Thursday, 24 November 2011

MDS NOVEMBER 2011 - MAC 2012

Hari rabu pagi aku bertolak dari capital PG ke capital M.
Susah betul nak dapat bas. Dari capital M ke bus stand pun sama.
Dalam pukul 11pagi baru aku naik bas ke segamat. Aku bawak beg baju,beg galas dan beg selimpang jek. Sepanjang dalam bas tu pulak,aku asyik menanggis. Ada sesuatu yang berlaku. Aku malas nak cite. Sampaikan apek bawak bas tu sound aku.

“amoi ah,jangan nanggis loh, muka tak cantik kalau nanggis..” 


aku segan nak pandang apek tu.
Lagi dia cakap jangan ,airmata kau pulak macam tak nak berhenti mengalir.
Sampai apek tu kejap kejap tengok cermin. Toleh belakang. Nak pastikan aku berhenti menanggis.
Aku mesej puan R, gtau aku otw segamat. Dia suruh aku turun dekat jementah.
Katanya,nak amik.
Kebetulan apek tu stopkan bas kat pekan jementah. Aku pun turun. Puan sampai dalam 15minit.
Aku letak beg dalam kete puan. Terus puan ajak g makan. Aku makan tak banyak, gigi tengah sakit.
Tak boleh nak kunyah sangat. Puan tanya itu ini,aku jawab. Aku cite secara ringkas jek apa yang da jadi. Malas nak layan perasaan sangat.
Puan terus  tanya, ”kenapa awak tak sedih?” 
aku gtau puan,cukuplah 3 minggu aku berendam airmata. Aku dah tak larat lagi.
Aku yakin puan tak perasan mata aku sembam sebab nanggis kat dalam bas tadi.
Lepas makan,puan ajak aku beli stok megi,air 3 in 1 dengan biskot. Aku segan. Tapi aku terima jek. Memandangkan aku pun tengah kering.
Puan bawak aku ke uitm,aku amik kertas yang ada tulis aku dapat kolej zamrud terus ke bawah zamrud untuk isi segala borang yang ada.
Tiba-tiba akak PM tu mintak 12 keping gambar. Padahal kat sistem online kata nak 8 jek.
Aku cakap tak cukup tapi akak PM tu kata, takpelah. Nanti baru buat. Maknanya tak penting sangat.
Aku tengok puan berbual dengan pelajar lama dia rasanya. Ada jugak Abg Tony berbual dengan puan. Sementara aku,bz melengkapkan segala borang yang ada dalam fail hijau. Siap jek. Dia bagi kunci bilik z232c aku gtau puan dah sudah, aku ditemani puan ke bilik untuk letak barang. Salam puan dan terus beratur. Aktiviti MDS kali ini dekat DSP bukan macam dulu dekat DST.
Atas maklumat dari puan, dia gtau DST tengah dalam sistem upgrade.
2 tahun lagi uitm segamat akan buat majlis konvo dowang sendiri.
Jadi tak payah lah nak g jauh jauh kat shah alam semata mata nak g konvo. Meme bestlah.

MDS kali ni sangat menarik tapi lebih tegas berbanding masa aku MDS pra dulu.
Hari aku sampai tu terus ke dsp ada taklimat ape entah. Aku lupe lak -_________- yang aku ingat,aku ditarik oleh kak suhaila yang cun toh untuk jadi calon penghuluwati. Wakakaka.
Oleh kerana aku ni muka tak malu,part yang abg haziq suruh bagi sebab kenapa aku harus dipilih jadi penghuluwati tu,meme selambe aku cakap “eh,dah dua kali aku MDS, pilihlah aku.” 
(dengan muka yang selambe).
Satu lagi part kenalkan diri tu,aku tekankan orang panggil aku Mel.
Bukan ape,da meme akak PM yang kenal aku pun panggil aku Mel.
Jadi da alang-alang tu,panggil mel jela.
Hari kedua pulak,ada program er. Aku lupe la -_______- teruknya aku ni. Macam mana nak jadi pelajar diim ni??
Yang aku ingat jela aku cite ek. Aku kena tahan kat wad penawar sebab gastrik. Hahak. Pagi sebelum subuh tu,aku jalan slow. Ditemani akak PM (aku tak ingat sape T_T) aku cakap aku rasa nak pitam.
Aku genggam kuat kot tangan akak tu. Akak tu kol abg medic mintak tolong amek. Aku duduk.
Aku tahan kepala aku supaya tak pitam. Akak sowg tu da perasan. Dia terus duduk sebelah aku.
Tangan letak belakang aku. Dia takut aku pitam jatuh kebelakang. Tak memasal jek kang.
Aku naik kete terus ke bilik gerakan SR kalau tak silap,aku duduk.
Tapi lepas tu aku baring dan tido. Akak PM kejut nak g penawar. Aku gtau doktor Ali,kaki aku asyik cramp. Perut aku dua-dua sakit. Dan aku rasa nak pitam.
Doktor mcm biasa check tekanan darah aku. SAKIT WEHH!!!
Pakai yang autometik punya. Dua kali pulak tu!!
Sakit T____T susah tau tak gemuk ni!
T____T lantaklah.
Terus doktor suruh g inject dan aku kena tahan kat wad. Aku mesej puan,twin dengan CGS.
Kejap jek kena tahan sampai pukul 10 lebey. Sebab ramai yang masuk wad pasal keracunan makanan. Aku dihantar oleh abg medic ke DSP. Tak sempat nak join majlis perasmian MDS T_________T
aku tak ingat ada aktiviti ape lepas tu.
Tapi setiap kali ada aktiviti,aku yang paling banyak tanya.

Masa pendaftaran,aku duk sowg kat belakang. Semak fail ape semua. Dah lengkap,aku duk memerhatikan orang.
Abg Amar datang duk belakang ngan PM-PM lain. Dia tanya aku,dah semak ke fail? Aku kata da. Dia nak tengok. Aku bagi.
Terkejut dia aku lahir tahun 92 -__________- yela,aku besar jadi orang ingat aku ni kakak-kakak lah. Padahal baru 19 tahun. Tapi reaksi dorang tu aku da biasa sangat pun.
Yang bestnya,abg amar sempat pesan untuk belajar elok-elok.
Struggle la kiranya.
Dia pelik kenapa aku masuk pra.
Aku gtau spm aku tak layak masuk dip.
Tu yang lalui pra.
Aku senyum jek. Akak PM sowang tu pulak tanya apa hubungan aku dengan puan R. Aku gtau koordinator dgn pelajar jek. Heh.
Yela, puan yang uruskan hal aku semua. Aku malas nak bahas pasal ni.

Banyak lagi yang berlaku masa MDS.
Antaranya,abg haziq dengan abg amar join semeja makan dengan aku (tapi aku da habis makan).
Dowg tak makan lagi sibuk tanya aku da makan belum.
Sangat caring. Aku respek giler kat dowg ni.
Langsung tak merungut.
Sebab dowg tau tu tanggungjawab dowg.
Abg shidi pulak,saje join nyanyi lagu wawasan setia warga uitm ngan aku.
Nak lawan suara dengan aku -____- lepas tu dia tanya,suara sape lagi kuat?
Kompem la suara dia. Aku ni dah cuba sedaya upaya nyanyi kuat kuat. Peh.
Sampai hari terakhir MDS aku hilang suara, sakit tekak.
Aku jenis malas nak cakap banyak. Aku ni jalan lambat. Lagi-lagi part naik bukit. Mak aihhh.
Dari beratur kat depan,time jalan terus ke belakang -________- da macam aku jalan berundur pulak.
Abg PM sorang tu tanya,setakat ni aku larat lagi tak? Aku kata larat. Tapi aku mintak pengecualianlah kalau nak g tour satu uitm. Tak larat. Dia kata nanti gtau kak medic. Aku ok jek.
Sepanjang MDS ni,aku jarang lah duduk dengan kawan aku. Bukan aku takde kawan. Tu hah,Z,N,T dan sape sape lagi.
Tpi oleh kerana aku punya perangai jenis suka bawak diri.
Meme orang salu simpati kat akulah. Wakakaka.
Ada lah sekali tu aku duduk sebelah A. Aku baru kenal. Dia tanya kenapa aku salu sowg2?
Aku cakap aku suka duduk lain lain supaya aku boleh kenal ramai lagi.
Aku tak suke nak duduk setempat jek. Nanti aku tak kenal ramai lagi.
Lagi satu kalau duduk dengan kawan,aku tak fokus.
Asyik nak bercakap jek.
Kalau dengan kawan baru,kurang sket bckp. Heh.
Bila ada yang tanya macam tu aku terus saspek entah entah PM-PM ni pun pk benda yang sama. 
Patutlah caring sangat kat aku padahal aku tak rasa pape pun.

Ada sekali tu, time nak makan,aku selambe jek amek kosi,duduk kat satu sudut tanpa meja dan makan.
Aku peduli ape mata yang memandang.
Aku tau aku lapa,nak makan cepat supaya akak PM tak marah sebab masa tak cukup.
Ada satu pagi tu kawan aku kejut,aku bangun terus sesak nafas aku suruh dia turung gtau akak PM.
Mas (PM) naik bilik aku,mintak aku siap perlahan-lahan supaya boleh g penawar.
Aku siap,naik kete,abg medic anta. G masjid.
Lepas subuh,alhamdulillah,terus lapang dada aku. Berkat solah subuh jemaah dekat rumah Allah agaknya. aku siap diberi kebenaran untuk tido lagi sebab aku da makan ubat.
Bayangkan kesan ubat tu punyalah kuat sampai aku tengah isi borang pun boleh tido.
Tu tak cite lagi akak PM amek gambar aku tengah tido. Aku malas nak kisah ngantuk punya pasal.
Ada jugak yang lepas tu aku tido,ada yang nak amek gambar tapi bebudak ni pandai buat buat gerak kan tangan supaya aku terjaga.
Keje aku ni asyik buat owg gelak jek.
Kdg-kdg tak payah cakap byk pun bebudak ni ketawa. Ada yang selambe jek aku tarik pipi dowg. Hahak ada gak yang balas dendam tarik pipi aku balik.
-___________- ape lagi aku nak cite ek?

Hah! Part jumpa dak dak permas. Kemain ramai lagi. Ada 5,6 owg gak kot -______- lupe la.
Aku peluk sowg-sowg terus g masjid. Da lambat kot!
Pastu, part main sifir sipot kat masjid lah (mas yang ajar),kat DSP (abg awie kakashi yang ajar),nyanyi lagu

saya nampak ada bukit,bukit cantik tak pernah lihat,bukit yang cantik hey! Bukit yang cantik. 

(masa ni abg awie dgn kak bella yang nyanyi,abg hazrik lak menyampuk part hey! Tu jek haha)

memang best.
Part yang sir awie say tu pun best. Ada satu part kat masjid tu, berebut nak jawab soalan punya pasal aku tak sengaja tertolak sowg akak PM tu. Secara spontan.
Aku lari,tak sempat brek. -_________- aku dah lupa akak PM yang mana.
Da la aku yang kena jadi ketua. Nama kumpulan ainun mardiah. Trademark muslimat,power!
Tapi memang bestlah MDS kali ni. 1st sebab aku join full. Kalau yang lepas tak join full sebab *tettt.
Malas nak gtau wakaka.
Ramai PM-PM MDS kali ni,adalah PM masa aku MDS  pra dulu. Ramai jugak yang kenal aku.
Yang kelakarnya,bebudak ni, eh eh. Ramai pulak yang tau nama aku tapi aku tak tau nama dowg.
-_______- kalau aku jalan dengan dowg ke,eh,mel kan? Bla bla bla,awak mel kan? Bla bla bla. Mel,hai~ (lambai lambai tangan) aku layan jek.
Tapi aku tanya jugak la, mana tau nama ni??
Dowg cakap kan aritu naik pentas kan ....
-________- aku ingat kowg tido time aku naik atas pentas tu wakaka.
Nasib baik aku tak dipilih untuk jadi penghuluwati. Malas. Nak bawak diri pun berat,nak jadi penghuluwati? Kemsalam jela. Part sukan pun best, PM kalah kot time tarik tali tu. Semualah best! Time ceramah dengan ustaz norizam bin abd hadi. “yang perempuan pakai tudung tutup apa?” (ramai-ramai) “tutup dada.” “salah! Kamu semua ni masuk neraka!” aku terkejut. “tutup dada ke tutup buah dada?” ustaz zam tanya.
Kteowg terus malu. Tapi meme betul pun hahak. Memang bestlah. Memang akak,abg PM garang tapi dowg garang sebab sayang.
Ada jugak yang merungut, oleh kerana aku duduk dengan orang yamg berlainan,ada jek benda yang aku dengar.
Itulah,inilah. Aku banyak diam. Malas nak bahas,penat.
Pastu hari terakhir MDS nyanyi lagu kenangan terindah ramai-ramai (aku tak nyanyi suara takde).
Salam dengan akak PM. Hari ni lak,aku demam.
Tak g kelas mahupun penawar -__- kaki ,badan semua sakit-sakit.
Aku mesej puan,twin,CGS. Gtau dowg aku demam tak sihat. Heh. -___________- lapo.

original type on 21/11/2011.

Tuesday, 15 November 2011

Twin,Murnie Happy Birthday!

sayang kau beb.
thanks ada disisi aku.
tunggu aku gegar segamat ek!! wakakaka
selamat ulang tahun yang ke 19 sayang.
aku doakan kau kawin cepat!! wakakaka 
^^,

semangat baru,sem baru.

aku kena lalui MDS sekali lagi??!!!
takpe,aku meme sukee MDS wakakaka!!
eh,eh ada orang tanya mana aku menghilang? aku bz. hahak. naik sem kang aku aktif balik ngee.
paham-paham jela. wifi kat u free. aku bukannya ada modem pun hahak. eh,aku bz la. nanti pas MDS aku ngadap blog lagi ek ^^,

p.s thanks sebab sentiasa bagi kata-kata semangat dan dorong aku saat aku jatuh. thanks a lot,blogger!

Friday, 11 November 2011

kini aku pelajar diploma!

percaya atau tidak? aku lulus!! aku dapat sambung diploma in information management kat uitm segamat! lepas ni aku akan kerap update blog. doakan aku ya? ^^,

aku makin hepi skang. dikelilingi orang orang yang aku sayang ^^,
terima kasih,Ya ALLAH!

Saturday, 22 October 2011

terima kasih sekali lagi,jiwa.

terima kasih kepada pengomen tegar blog aku :) yang sentiasa memberikan kat kata perangsang kat aku. mungkin esok ,lusa. kita akan jarang berblog lagi.

aku tengah banyak masalh ni :)
namun alhamdulillah, aku masih mampu berfikiran waras.
walaupun hati ni sakitttttttttttttttttttttt sangat :)

ape pun, jaga diri korang, terus keep in touch yang mana ada numb phone aku. yang tertanya-tanya mana fb aku tu,
g cari fb Myera Nyera.

walaupun aku tak sukee nak men fb, tapi ape bleh buat haha.





comel giler budak kecik ni haha ^^,


p.s original post 20 october 2011. :)

Friday, 21 October 2011

"...........kerasnya hati kau,Myera."

p/s entry ni tak pasti lagi bila tarikh asal. jadi jangan keliru :) takut tak sempat post pada tarikh asal. thanks.






saat entry ni dibaca oleh korang,
aku sedang duduk dalam bas menuju tempat yang baru
untuk aku memulakan hidup aku tanpa mereka.

selain lagu the climb.
cerita one litre of tears juga penaik semangatku.
aku nanges giler giler masa episod 6.
:)

semua ini akan ku bawa bersama ketika aku melangkah ke alam baru.
semester lepas buat aku berdikari.
dimana pertama kali aku menaiki bas,
aku terpaksa tahan perut sebab takda duit.

semuanya aku buat sendiri.
jadi aku rasa aku dah bersedia untuk ke langkah seterusnya.
:)

aku dah bersedia.
sesesal mana pun aku nanti, insyaALLAH.
aku mampu melaluinya.
aku yakin aku mampu.

aku harap sangat result aku bagus dan aku boleh sambung diploma.
sebelum tu aku nak taip kat sini, siapa kata
kalau result SPM TAK ADA A TAK BOLEH SAMBUNG DIPLOMA KAT
UNIVERSITI?

:)

uitm sentiasa membantu pelajar pelajar yang masih mahu belajar.
dua sem aku hadapi pra-diploma.
orang lain satu sem jek, tapi aku dua.
harap tak sia-sia lah masa yang aku dah bazirkan ni.


\Ya Allah, aku mohon padamu.permudahkanlah segala urusanku.moga selepas ini aku lebih tabah dan hargai
hidup ini juga tak mensia-siakan segalanya./

p.s.s dah ramai sangat kata "kerasnya hati kau,myera." aku cuma senyum :)

Thursday, 20 October 2011

pernikahanmu,tangisanku.

kau tahu tak macam mana rasanya melepaskan seorang adek yang masih mentah ke tangan orang lain?
aku ada seorang adik perempuan. dia penghidap asthma kronik sejak dari kecil.
dan aku, aku benci dia.
ya. dari kecil dia sentiasa menyusahkan aku.
"myera,bagi adek makan ubat."
"myera,mandikan adek."
"myera,itu,myera,ini."

dan aku, masih bencikan dia.
aku rasa kehadiran dia hanya membebankan aku.
sentiasa ada saja yang perlu aku uruskan pasal dia.
sentiasa.

well, masa tu pun umur aku berapakan?
tak ada siapa pun ingin menegur dengan mengatakan
"myera, itu adek. myera kakak. kakak kena jaga adek. itu tanggungjawab myera."
tak ada.

sehinggalah umur aku 15 tahun. aku larikan diri dari rumah.
jiwa remaja sentiasa memberontak bukan?
darah yang sentiasa mendidih meronta ronta untuk bebas.
namun aku kembali kesamping keluarga.
masa aku balik tu, adek aku terkejut dan berkata
"akak?! kau pergi mana?? aku rindu!" katanya sambil memelukku.
aku terpana, terharu. :')

ketika itu baru aku sedar. aku masih punya sebab untuk terus hidup dan bertahan dalam keluarga ini.
aku terus hidup untuk adik adik aku.
aku abadikan diri aku untuk mereka terutama sekali adik perempuan aku.
aku jaga dia, sayang dia. aku berharap aku dapat beri kasih sayang yang cukup pada dia.
supaya dia tak rasa tak lengkap tanpa seorang ibu.

sepertimana yang pernah aku rasa.
aku tak mahu dia rasa susah.
sedangkan dia sentiasa rasa sakit.
aku tak mahu dia merasa lebih sakit.

kau tahu? aku juga remaja. bercinta.
aku sentiasa berkongsi rasa bersama adik perempuan aku.
apabila dia pula mula bercinta aku biarkan.
aku mahu dia rasa juga suka duka cinta.

namun ada juga yang aku kenkang.
bila mana dia sering mengalirkan airmata putus cinta.
aku mula kongkong dia.
aku tak mahu dia terluka lagi.

namun dia degil. remaja,kan?
sentiasa mahu mencuba sesuatu.
lagi dikengkang lagi dia mahu
seperti dadah sekali cuba pasti tagih kembali

namun sebagai kakak. aku tahu, dia juga manusia.
aku tak mampu nak mengawalnya sentiasa.
aku cuma berpesan,
"jaga aurat, jaga diri. jangan buat benda yang tak senonoh."
dia hanya mampu anggukkan kepala tanda setuju.

kadang aku terlalu emosi melebihi bapak aku.
bapak aku sentiasa rasa tercabar.
katanya, "kau tu hanya seorang kakak, bukan mak dia! bukan isteri bapak!"
aku terdiam.
aku tahu.
namun, hati aku bimbang.
dia balik lewat malam.
entah sakit, entah dah makan atau tak.
aku risau.
terlalu.
risau.

namun bapak aku masih membiarkan dia bebas.
sedangkan aku masih lagi terkongkong.
aku sunyi sendiri dirumah.
sentiasa sunyi.
bapak aku tak sedar dia terlalu membiarkan adik aku bebas.

bila ada suara suara sumbang berkata buruk tentang adik aku.
aku tolak mentah mentah.
mentah mentah.
aku percaya adik aku baik.
dia sentiasa jaga auratnya.
aku percayakan dia.
sampai aku bergaduh dengan adik lelaki aku,
semata mata nak pertahankan adik perempuan aku.

aku percaya bulat bulat adik perempuan aku.
sentiasa.
sampai satu masa aku dah rasa sangat tertipu.
sangat tertipu.
kepulangan aku dari uitm, sempena cuti semester.
aku pulang dengan harapan nak sambut bufday dia.
rancangan aku dengan adik lelaki aku.
namun hampa.
hampa.
hampa.

tiba tiba sibuk nak pakai inai.
sampai dengan aku aku sekali kena pakai.
aku ingat betul lah saja saja.
aku kecewa,
kecewa.
bila bapak aku cakap esok adalah hari bahagia adik aku.
esok dia akan berkahwin.
aku ketawa.
ketawa
dan masih lagi ketawa.
aku anggap ini semua hanya gurauan semata.

bila dia menunjukkan jubah nikahnya.
sijil kursus kahwinnya.
aku masih tak percaya.
sehinggalah aku tiba di masjid itu.
melihatnya siap bersolek, berpakaian putih.
tudung dan berselendang.
senyuman yang tak lekang dibibir.

sehinggalah tok kadi sampai.
ijabkabul selamat dilafazkan.
aku masih tak percaya dia sudah jadi isteri orang.
aku dah hilang seorang adik yang paling rapat dengan aku.

kau tahu tak macam mana sakitnya?
baru aku tahu macam mana perasaan seorang ibu.
patutlah diaorang selalu nanges kan?

aku masih anggap adik aku tu budak.
umur baru 16 tahun kawin dengan mamat 29 tahun.
kadang kadang aku fikir adik aku ni dah hilang akal.
namun semua ni bukan suatu paksaan.
dia rela.
bila aku tanya kenapa?
dia hanya cakap, "dah suka sama suka,kak. dia suka aku,aku suka dia. kami saling cinta mencintai. kawin jela."
jawapan budak yang langsung tak matang.

lama aku nanges. bila aku mula sedar yang aku dah mula sunyi balik.
tanpa teman. yang sering ada disisi aku.
aku nanges dan mula menyendiri.
aku pergi cari keje, semua tanya , baru kawin ke?
sebab aku pakai inai.
hati aku sakit sangat.

terlalu sedih.
banyak sangat benda yang buat aku terkilan.
banyak.
dari hari aku tahu esok adik aku nak nikah sampai kat
masjid tu sampai hari ni.
tahniah.
ini pilihan kaukan dik?
aku pun dah pilih.
aku pilih untuk bersuara pada kebenaran dik. :)

lepas kau baca entry ni, aku bukan disisi bapak lagi.
aku dah keraskan hati aku lepas bapak sanggup lepaskan kau ditangan dia.
aku tahu, aku mungkin akan diduga dengan bermacam lagi.
namun aku nak kau tahu, inilah dugaan yang paling sakit pernah aku rasa.
terima kasih adik.

dan bapak. tahniah.
matlamat,impian bapak dah pun tercapai.
akak kecewa.
namun seperti yang bapak cakap.
"kau bukan mak dia mahupun isteri bapak!"
aku redha.

aku tak benci kau dik.
satu hari nanti kalau kau perlukan pertolongan aku
carilah cik gedik semata.
hanya dia tahu dimana aku.
hanya dia.
:)



last but not least,
selamat pengantin baru, adikku.
:)






remaja 16 tahun mengahwini jejaka 29 tahun.

Tuesday, 18 October 2011

dia yang nikah, jariku yang merah.








aku lihat pengantin duduk bersimpuh
aku lihat senyumnya,tawanya,debarnya.
aku lihat, pengatin berpakaian putih, berselendang rapi.

kejap memegang tangan. kejap mengenggam.
disatu sudut, debar menanti tok kadi.
debar menyambut sahutan ijabkabul.
serba tak kena.

katanya takut.
katanya gembira.
katanya, indahnya dunia bila bercinta.
kini pula bakal bergelar pengantin.
suami dan isteri.
sehidup semati.

dari jauh, aku sebendir sendiri.
aku kaku.
terdiam.

inikah pilihanmu,adik?
mengapa,sayang?
kau begitu muda untuk semua ini.
aku melangkah, pergi.

dan setiap langkahku,
ku doakan agar kau bahagia.
bersama cinta matimu.
bersama dia.

tahniah atas pernikahanmu,sayang.
kini, aku sendiri.
namun jangan kau bimbang,
mereka sentiasa ada disisiku.

tuhanku,
terima kasih.
aku pasti, pernikahan ini akan kekal sebagai sejarah aku.

sayang,
maafkan aku.
aku sudah hilang separuh dari diriku.
kini aku bukan lagi aku.
doakanlah supaya aku kuat untuk berdiri sendiri.

supaya aku mampu teruskan perjalananku.
:)
senyumku, masih lagi terukir buatmu.









teka teki terjawab. inai di jari.

Monday, 17 October 2011

DIA.

aku tak tahu bagaimana kesudahan cerita aku.
aku tak tahu lepas ini apa lagi yang bakal menimpa.
aku si katak yang tak tahu melompat dan sering terkurung.
akulah si katak bawah tempurung.
kini aku dalam belenggu .
dalam dilema .
aku hilang dalam terkesima .
semakin aku bertanya
semuanya semakin rumit
semakin keliru
kepala mula berdenyut
sekejap kiri sekejap kanan
sekejap sakit sekejap semakin sakit
bila kepala mula terasa berat
bila semua terasa larat
aku mula teriak penat
aku mahu pergi
bukan seketika tapi selamanya
aku mahu tamatkan semua
aku mahu lari dari dia
dia yang sering mengejar aku tanpa henti
dia yang sering datang dan pergi
dia yang sering menjatuhkan aku
dia yang tak pernah tahu mengalah
dialah masalah.
ku rayu berhenti
ku rayu pergi
ku rayu bunuh diri ini
namun dia hanya ketawa
dia hanya terkinja kinja bahagia
dia rasa akulah 'nyawa'nya
dia kata tidak.
dia tak mahu berhenti.
psikologi mula bertindak.
semakin lama semakin mencabar.
semakin lama semakin hebat

aku pohon lagi
tolonglah berhenti
tolonglah mati
jangan ganggu aku lagi
aku tak pasti sama ada aku masih kuat atau ..
aku tak mahu terus tersungkur mati.

Thursday, 6 October 2011

Terima kasih, jiwa.

gua malas nak taip panjang panjang. tak lama lagi gua akan melangkah jauh. lepas ni, blog ni akan jadi gua, bukan lu. 


start gua balik capital M , gua bukan lagi gua. gua sangat terluka jauh. gua perlukan masa. bagi gua masa. 
lepas ni, blog ni akan jadi tempat gua jual barang. gua nak mintak bantuan korang. yang sudi jenguk blog gua walaupun gua dah lama tak update, untuk tolong gua promote blog ni. harap-harap nanti gua update shawl, novel, komik gua ada yang nak beli.


mungkin gua sambung belajar. mungkin, tak. gua tak tahu. lu orang akan doakan gua kan?


terima kasih :)






p.s fb gua Myera Nyera dah aktif balik. ada masa nanti, kita citer panjang. kepada abg gua, afzal. namee, cik najihah, nafisah, yang mana agak rapat ngan gua kat blog ni, take care. kak an najwa, gua ada berita untuk lu. :) tunggu jela entry wa akan datang. gua tak janji bila.


jaga diri. gua sayang lu orang. sorry untuk 'gua'.


gua tinggalkan gambar ni untuk buat lu orang tertanya-tanya.
:)
sila berteka teki.

Sunday, 2 October 2011

rindu nak mati

capital M.


aku tak faham. kenapa kita ni ada perasaan rindu? kau tahu tak rasa rindu tu sangat menyakitkan.

bila mula rasa rindu, tak dapat jumpa. contact tak reply. hati sakit dowh. sembelit pun tak saki macam tu.

aku benci giler kalau dah mula rasa rindu. benci benci!

tolong bagitahu aku, macam mana nak hilangkan rasa rindu?
sakit kot -.-

and, jangan taip suruh aku leka dengan buat kerja. bila kerja dah siap, aku still terleka rindu -.-

blah blah blah. diam . -.-


(pengsan)



Tuesday, 23 August 2011

serangga terbang dalam telinga

Segamat :
berita hari ini.
seorang pelajar  perempuan uitm,segamat telah pergi ke penawar untuk mendapatkan rawatan segera dari doktor Ali  akibat dari malam semalam sesuatu telah masuk ke telinga-nya.
ouh,my prada!
apakah yang telah terjadi?
akhirnya , dia ambil keputusan untuk bertemu dengan doktor agar masalah ini dapat diselesaikan.
setelah ambil nombor giliran 1005, dia pun masuk ke bilik doktor.


doktor Ali : ye, apa masalah? (senyum mesra)
MN : doktor, tolong check telinga saya. semalam nak tido ada sesuatu masuk. dia asyik terbang dalam telinga saya.
doktor Ali : lain kali kalau ada benda masuk dalam telinga, awak cepat-cepat masukkan air dalam telinga biar dia lemas. kalau ada minyak zaitun lagi bagus.

kata doktor Ali sambil check telinga aku.
aku cuma diam kaku.

doktor Ali  : wah, ini macam..... (ayat tergantung). mata dia cantik. (senyum penuh makna)
MN : -.- ...... diam kaku.
doktor Ali  : ok, awak baring kat sini dulu. relax-kan diri.

aku hanya menuruti beliau. (dalam kepalaotak pk, jangan-lah runtuh katil ni)
doktor Ali pergi mana pun tak tahu-lah.

doktor Ali : (masukkan air dalam telinga). ok, awak relax dulu, biar dia mati lemas.
MN : diam kaku. rasa macam ada benda bergerak dalam telinga. tak sampai beberapa minit (tak tahu-lah berapa minit) serangga tu pun mati.
Nurse : ok,boleh guna tak doktor? YA ALLAH, berat benda ni. (mengangkat sesuatu)
doktor Ali : hah, ok tak tu? boleh,boleh. ok, awak tahan sikit ye. saya nak sedut air dalam telinga tu. (cakap kat aku)
MN : masih lagi diam kaku.

saat doktor ali sedut air dalam telinga tu, sampai ke gegendang telinga, aku da terjerit sakit! -.- doktor kata serangga tu dah jauh kat gegendang. tapi dah mati, jadi takde hal-lah.

semua-nya selesai dalam 15 minit kot. bayang-kan aku g penawar pukul 8.46. balik pukul 9.35.
sakit kot telinga aku. aku ada tanya doktor Ali, batal ke puasa aku? dia kata tak. skang ni inject masuk air pun tak batal puasa. alhamdulillah. banyak pulak ubat yang dia bagi tadi. dan kata-nya lagi, baru minggu lepas ada budak datang kes sama macam aku. haha. -.-

so, lepas ni kalau korang pulak yang kena, sekurang-kurang-nya dah ada tips kat sini untuk mengatasi-nya.



p.s kalau tak bertindak pantas, serangga tu boleh gigit gegendang telinga kau -.-

Thursday, 11 August 2011

siapa Myera Nyera?


pada awal pembabitan aku kat dunia blog ni, aku guna nama Myera Neva. yang kebetulan dekat mblog.com aku guna nickname Nevqhqveheqrt. tapi lepas tu, asyik bertukar-tukar. sampai kat uitm pun nama aku masih lagi bertukar. walaupun aku agak selesa dengan nama MM. tapi selepas aku lalui sem ni, aku semakin janggal bila semua orang mula panggil nama sebenar aku. Myera aku tak kisah lagi. yang Nyera tu. -.- sampai-kan lecturer math aku sem lepas yang tak pernah alert nama penuh aku siapa, tiba-tiba sem ni panggil nama penuh aku. aku rasa dia stalk jugak blog aku sebab dia macam tahu jek aku tak sukee orang panggil nama penuh aku -.-

tapi oleh sebab keadaan sem ni, dah jadi macam ni, aku macam dah ter-biasa pulak. haihh. ape dah jadi ni?
well, mungkin ini yang dikata-kan satu penerimaan untuk permulaan. walaupun agak lambat tapi aku sendiri macam dah jumpa identiti aku untuk blog ni.

so, sebagai permulaan, aku nak kenal-kan diri aku, bukan lagi sebagai MM, tapi kini sebagai MN.

Myera Nyera, adalah seorang gadis yang hyper-active. beliau merupa-kan pelajar pra-diploma repeat pada sem ini di uitm,segamat. cara berpakaian-nya yang sempoi dan tak pernah tinggal-kan kasot sport-nya yang kini sudah koyak, diganti-kan dengan kasot all america pemberian cik gedik semata. :)
bagi yang tak mengenali diri-nya, dia seorang pendiam dan sangat sombong (kat luar). tapi yang dah kenal, beliau seorang yang manja sampai-kan akak senior kat bilik tak percaya yang beliau ni anak sulung -.- (so weird). selain itu, beliau tidak sukee coklat yang menjadi desert bagi perempuan-perempuan diluar sana -.-
untuk pengetahuan anda, beliau sangat gemar memakai pakaiaan hitam yang lebih safe tak perlu nak meleweh sangat. dan kalau ada hari-hari tertentu anda nampak beliau pakai warna lain selain hitam itu bermakna, beliau ingin-kan sesuatu yang dapat memberi-kan semangat dalam diri beliau.
yang paling penting anda perlu tahu, beliau seorang perempuan yang ber-umur 19 tahun. :)


sekian, terima kasih aa ^^,

Wednesday, 10 August 2011

ini nama-nya blogger baru nak naik


kita selalu follow blog-blog baru jugak-kan? jom lah, cuci kaki masuk blog my twin kat campus uitm ni.
heyy,
twin.
cantik header, :)
maceh!
^^,
p.s kelik gambar.

rambut kasar adalah rambut sihat

ingat tak lagi iklan sunsilk yang femess kat tv3 tu?
mungkin selepas korang tengok iklan tu mesti korang sangat bangga kan dengan rambut korang yang kejung kasar tu. padahal, korang tak tahu antara masalah memiliki rambut kasar aka free hair ni. ape dia?




angin tiup sepoi-sepoi bahasa

lupekan. tolongla. korang tahu tak tiap kali korang naik bas dan memilih untuk duduk sebelah tingkap mahupun berdiri dibelakang awek atau balak. rambut korang akan mengganggu perhatian orang lain. macam mana?

macam ni. kekasaran rambut korang tu, ditiup angin dan pasti-nya rambut korang terkena pada rakan sebelah yang duduk dengan korang. yang kebetulan awek bertudung. mungkin sebab nak jaga hati kawan, dia memilih untuk berdiam diri walaupun mata, muka dia sakit terkena libasan rambut korang tu!


mesti-lah korang yang tak bertudung mati-matian akan cakap, ala , takpe, i ada kereta. hahahahaha gelak tak berapa nak ikhlas hari nie korang boleh-lah terus berlagak dengan gaya free hair korang tu. esok,lusa?



habis takkan semata-mata nak jaga hati kawan i nak kena bertudung? hipokrit-nya!

habis masa kau berhadapan dengan tuhan tu tak hipokrit ke? depan dia kau bertelekung segala bagai. tapi depan sedara-mara se-islam kau? kau ibarat bogel kat tengah jalan. kau tahu tak solat tak sempurna tanpa menutup aurat? lagipun, menutup aurat ni menampak-kan diri kau wahai awek tak bertudung, lebih sempurna.

macam mana?

kau tak perlu beli baju mahal-mahal , ketat-ketat, sendat-sendat, jarang-jarang yang harga dia berpuluh, ratus segala bagai tu hanya semata-mata nak menutup aurat. bukan lelaki jek pandang serong, kaum kau pun pandang senget jek. menutup aurat ni mudah. buat ape kau nak complicated-kan benda mudah ni?


malaysia so hot!

kau ingat ni luar negara nak cold segala bagai? kalau nak cold kat dunia, pi duk luaq negara nuh. hah! kat situ hang tak nak pakai baju pun tak pa aih. mat salih pandang normal ja.
paling tidak pun dia pikiaq hang tu salah seorang kaum dia. boleh ajak ber-soSIAL.
hang mau lagu tu ka? satu lagi fakta , bukan ke rambut kalau terlalu lama terkena sinaran matahari boleh rosak? ala, i kan student, duk dalam kelas aircond-lah. ha'ah, tak cukup zat rambut kau tu. bertudung-kan boleh melindungi rambut kau dari terkena sinaran matahari. :)

potongan rambut V

bukan ke dalam islam dah melarang. kenapa masih buat? hah-lah, aku akui jugak, cantik. tapi kat dunia ja. nak buat apa? saja , fesyen. niat hang tu dah pi melangut ke mana? apesal entri aku jadi loghat utara ni -.- sorry


rambut i kena tarik, tolong!!

ni kisah benar, aku pernah naik bas dan terpaksa berdiri selama lebih kurang sepuluh minit. oleh kerana bas tu tak ada pemegang yang duk hanyun kiri kanan tu, aku terpaksa berpaut pada kerusi. berpaut? -.-
nak di jadi-kan cerita, awek yang duk kat kerusi tu, tak bertudung. rambut pendek beb!
tapi aku tak sengaja tertarik gara-gara rambut dia atau kepala dia terlalu dekat dengan kerusi tu. nasib aku baik tak kena marah sebab aku jenis dah buat salah cepat-cepat mintak maaf. tapi dalam hati berdoa jugak lah dia pakai tudung lepas ni.


korang nampak tak ape yang aku cuba sampai-kan? bayang-kan kalau situasi yang sama berlaku tapi pada awek bertudung, sekurang-kurang-nya rambut dia selamat dowh! tak sakit kot kalau tertarik tudung dia. see?



entri ni sepatut-nya di-post pada 28 julai tapi oleh kerana laptop aku mati tetiba, terpaksa tunda. selamat membaca dan terima kasih.

^^,

Saturday, 16 July 2011

isu sanggul yang perlu korang peduli (wanita)

aku bertudung aku BAIK, kau tak bertudung kau JAHAT! III

alhamdulillah, entry aku mendapat respons yang terbaik. terima kasih peeps! ^^,

masa mula-mula aku nak post entri ni, banyak yang aku fikir. ada yang positif juga negatif. sebagai seorang pelajar U, aku tahu, setiap apa yang kita lakukan sama ada baik mahupun buruk pasti ada yang akan diperkatakan.
hari ni, aku nak citer pasal gelagat awek bertudung dan tak bertudung.



tolong ambil iktibar kat sini ok.


awek bertudung berjalan lenggang lenggok menuju ke suatu tempat. gerak geri-nya dilihat oleh awek yang tak bertudung. dalam hati awek yang tak bertudung terdetik, alangkah bagusnya jika aku jua memakai tudung. mungkin aku boleh mula perlahan-lahan.
sambil memerhati awek bertudung itu, dia niat nak bertegur dengan awek tersebut. namun, dibiarkannya dahulu kerana, dia ingin melihat lebih jauh perwatakkan gadis itu.
awek bertudung berjalan ke arah kawan-kawan-nya , masing-masing tersipu-sipu melihat kawannya.
nak dijadikan cerita, gelagat mereka yang penuh keayuaan menarik minat awek tak bertudung untuk menjadi seperti mereka. dengan drastik-nya, dia menegur awek bertudung itu.

Assalammualaikum,
Waalaikummusalam,

maaf, ganggu, boleh saya berkawan dengan awak? kata awek tak bertudung.
apa? berkawan dengan kami? jawab salah seorang kawan awek bertudung tadi.

'awak ni hilang akal ke apa? tak mungkin ahli syurga seperti kami mahu berkawan dengan ahli neraka jahanam seperti awak!' (betul tu! betul! sahut kawannya yang lain)

dalam amarah awek tak bertudung ini berkata,
'wah, sungguh indah bahasa ahli syurga, beginikah caranya anda berkata-kata disyurga? biarpun saya ahli neraka jahanam, sayan tidak menyusahkan sesiapa. tujuan saya menegur kamu adalah untuk memohon pertolongan kamu, membimbing saya ke jalan syurga tapi saya salah menilai kamu! ya, saya serba kekurangan tak semestinya selama-lamanya hanyut dalam kepanasan api neraka! saya hanya tersesat jalan dan ingin berubah juga memerlukan pertolongan kalian. kalau begini cara kalian berkawan, saya rela sesat selamanya! patut lah manusia sering mengatakan bahawa mereka itu bertudung namun hanya sandiwara semata apabila mereka tidak menjaga aurat mereka sebaiknya!'

'aurat apa? kami menutup aurat kami! kami bertudung labuh menutup paras dada. pakaian kami juga longgar!'

'benar! tapi kamu tidak menjaga akidah kamu. pertuturan kamu. juga pertalian sesama muslim! bagaimana kamu nak saya atau mereka yang tidak bertudung itu mengikuti langka kamu bertudung jika belum apa-apa kamu sudah menindas mereka?? dimana hak mereka untuk bertanya dan berkata-kata?? dimana??'


lantas semunya terdiam membisu kaku seribu bahasa. ya. kini, logik akal mereka telah berkata-kata. namun sudah terlambat apabila awek tak bertudung tadi melangkah pergi dengan perasaan marah. andai mereka boleh putarkan masa sekali lagi. mungkin awek tak bertudung tu akan menjadi salah seorang seperti mereka iaitu bertudung.

anda nampak apa yang aku cuba sampaikan?


original post by : cik MM semata

aku bertudung aku BAIK, kau tak bertudung kau JAHAT! II

lagi entri ni. ape ni? takde topik lain ke ape?
ok,fine. lagi pasal aku baik kau jahat. perlu ke?
bak kata anwar hadi , 'youuu don't havee toooo'.bad-mouthing or something like that.'

see?
itu yang aku cuba sampaikan. kau benci dia sampai sanggup masuk bakul angkat sendiri. sekali lagi, tak malu ke?

ini cara memakai tudung dengan betul? wrong. ini cara menutup aurat dengan betul.
pertama sekali baju. longgar, longgar,longgar dan masih lagi longgar melainkan kau tu gemuk macam aku. terus terang aku katakan , susah nak cari baju saiz besar dan murah lagi-lagi hidup sebagai pelajar. memang susah walau kau cari dekat peace pun belum tentu kau mampu beli.

kalau kau pakai seluar dan bukan leggings, masih lagi perlu longgar. ape? ketat tu bagus la? jangan jadi plastik la.
bukan ke tak elok pakai ketat-ketat.

seterusnya tudung. kau nak bergaya sakan pun jangan lupa dimana harus tudung tu berada dan menutupi ape?

salah bila kau kata , woi, tudung tutup kepala la apa lagi?
definisi bertudung ialah, menutup rambutmu, lehermu dan dadamu. sebab tu kau ditindas dikeji dan sebagainya. sebab ape? tak mengikut piawaian , undang-undang yang telah ditetap-kan. dan sebab tu jugak cara kau bertudung tu sering kali dipersoal.

..kau ni bertudung ke?
yela, kenapa..?
..ke berfesyen?
tu pun ye gak...

habis macam mana? nak tegur takut terasa hati tak tegur dah dikira BERSUBAHAT!
kan ke , kewajipan kita menegur sesama islam. kalau tak mampu mintak orang lain tegurkan. tapi lebih elok lagi kita tegur sendirikan? kan ke molek ,gitu. ^^,



original post by : cik MM semata

aku bertudung aku BAIK, kau tak bertudung kau JAHAT!

aku bold-kan ape yang aku cuba nak sampaikan eh.

Tolong BERHENTI menilai seseorang dari segi sehelai kain yang menutup mahupun tidak menutup aurat mereka.

aku taip secara terus ke mata kau eh, kalau kau nak terus-menerus judging people macam ni, jangankan 1 malaysia, 1 kaum pun tak layan.

ok, kau nak suruh kawan kau bertudung konon kata bertudung ni baik sangat la. tengok ni ape jawapan aku,
ia-nya tak menampak-kan kau baik langsung cuma nampak lebih dihormati sebab kau menutup aurat.

sakit hati? belum habis lagi.
aku da lama nak post entri ni tapi asyik terrrrr-lupa. ok. next.
kenapa aku tak suka orang asyik cakap aku bertudung aku baik, kau?
hell-o, babes.
yang bertudung tu hah, berdating kat gazebo malam-malam , ada kau tegur? kau galak-kan lagi ada la.
yang tak bertudung pandai pulak kau kondem tahap gaban?
yang bertudung tu hah, pehhhh. pakai baju nampak segala bagai disebalik secebis kain tu (tak cukup kain la)
takde pulak kau tegur.

' dik, akak nak tegur sikit ni, baju adik ni lawa sampai nampak segala bagai kat dalam tu. esok jangan pakai lagi baju ni ek, atau pakai la singlet kat dalam tu. da dapat dosa kering kat situ ye,dak?'

cuba kalau yang tak bertudung?

'wehh, kau tak malu ke tayang tuttttt* kat public ni? malu la sket kau tu da la pelajar tuttt* buat malu jela.
tu baju tu, takde singkat lagi? lain kali pakai bikini jek doe. hah, amek kau seksi maut kot.'

nampak tak perbezaan dia?
aku tak text yang aku suka sangat kau,kau,kau tak bertudung. tapi yang aku tekankan kat sini, nak tegur tu agak-agak la. ni tak. sampai label-kan diri-sendiri baik. tak malu ke?

yang konon-nya baik tu aku tengok, tak senonoh jek lebih. memang kau bertudung tapi tengok tu, lengan nampak, pakai baju lengan pendek. ape tu? bukan ke seolah-olah kau telanjang tu? cuba pakai cardingan ke. hah? ketat? pakai la yang besar. hah? nampak gemuk pulak? habis nak nampak kecik la? tak kisah langsung pasal dosa sume tu?
ok. go ahead.

pakai baju lengan panjang. tak nak? rimas? macam ustazah? cliche la jawapan kau.
habis nak pakai ape? bikini lepas tu bertudung? that's fashion not legal in islam.

cara betul bertudung? salah fakta tu!
sepatutnya, cara betul menutup aurat. hah,amek kau.
kelakar tengok setiap persepsi manusia ni.
'heyy, kalau aku bertudung nanti aku tak dapat bercakap dengan lelaki la.'
tengok? pemikiran cetek manusia.

najwa latiff kena kritik sebab dia menyanyi. kenapa? salah ke dia menyanyi? tak salah. mereka tegur sebab sayang bukan benci. suara tu aurat, dah la bertudung, menyanyi pulak tu. kan ke dosa tu?
memang, tapi tu hak masing-masing kan. dia rasa nak nyanyi, lantak dia la. kau da tegur-kan? perlu ke bising-bising lagi?

definisi suara tu aurat. setakat kau nak bercakap dengan lelaki,tak ada masalah der. cakap la. tapi tak payah la nak gedik-gedik, manje-manje, sampai jadi perkara lain. itu yang jatuh dosa. kalau ikut-kan memang suara perempuan tu aurat kalau dia nyanyi bukan bercakap dengan lelaki LOL.

banyak lagi yang aku nak taip kat sini. nanti aku sambung lagi. entri ni untuk bukak mata hati korang yang suka sangat tunding jari kat dia dia dia last-last balik kat korang jugak-kan?



original post by : cik MM semata

Friday, 15 July 2011

blog baru?

ye, sebab blog lama tak dapat nak follow orang. kesian pada mereka-mereka yang dah follow aku tapi aku tak mampu nak follow balik. ^^,