Pages

Thursday, 30 January 2014

Review Novel : Sutera Bidadari | Ramlee Awang Murshid


Aku sememengnya dari bangku sekolah lagi sangat meminati penulisan Ramlee Awang Murshid. Hampir semua bukunya sudah aku baca diperpustakaan. Sampailah keluar novel bagaikan puteri. Kisah Laksamana Sunan. Siapa dia? Kalau nak tahu kena baca dari mula. 

  1. Bagaikan Puteri 
  2. Cinta Sang Ratu 
  3. Hijab Sang Pencinta
  4. Cinta Sufi - Alaf21
  5. Sutera Bidadari 
  6. Sunan Musafir

Dalam novel Sutera Bidadari ni, banyak sangat unexpected things happen. Geram jugaklah aku baca. Dan tak sangka, tekaan aku pasal Sang Dewi tu sangat tepat. Dan Aku menanggis masa part Raja Roman. Part yang mana? Korang kena baca sendiri. Tak nak bagitahu! haha. Suprise!

Aku harap sangat Ramlee Awang Murshid takkan berhenti menulis. Aku sangat adore penulisan dia. :))
Cepat pergi cari buku buku beliau! bai~

Friday, 24 January 2014

Talk Bersama Pelajar Pra-Diploma UiTM Larkin.

Assalammualaikum, hai semua! ^^

Semalam bersamaan dengan 23 Januari 2014, saya bersama Koordinator MDAB, Rizal dan Shafik (wakil course Transport) juga Iqbal (wakil course Investment) telah dijemput untuk berkongsi pengalaman sebagai Ex-Pra Diploma di UiTM Larkin.

Kami dengan bebesar hatinya mengikuti program ini dan berkongsikan kisah kami semasa Pra Diploma dahulu dan bercerita tentang Course diploma masing-masing untuk mengajak mereka ambil course yang sama.

Alhamdulillah, walaupun nervous-tahap-asyik-betulkan-tudung tapi semuanya berjalan lancar. Mana tak nervous, Pegawai dari UiTM Shah Alam ada. Juga beberapa lecturer dari UiTM Larkin sendiri. Dia punya nervous macam masuk pidato. Padahal tak ada apa sangat pun. Nasib baik program ni santai sahaja. Kalau tak terketar-ketar jugalah nak susun ayat baku tu. hehe.

Ada video rakaman saya beri ucapan tu tapi segan nak dikongsikan. Satu lagi ianya agak peribadi. Apa pun seronok berbual dengan adik-adik disana yang sememangnya perlukan bimbingan dari kami. Walau tak banyak, tapi harapnya apa yang dah kami sampaikan itu, berhasil walau sedikit.

Semalam Pegawai dari UiTM Shah Alam ada beri satu laman sesawang ini, dimana kita boleh menyemak kelayakan kita terarah dalam bidang apa yang ada ditawarkan.

Anda boleh semak di http://imascu.upu.mohe.gov.my . Sebarkan maklumat ini kepada adik-adik yang memerlukan.

Apa pun, terima kasih kepada Koordinator MDAB, Puan Rohani Binti Jangga, diatas kesudian beliau menjemput kami.

Ahad ini (26/1/14) akan berlangsung program bersama Pelajar Pra Diploma UiTM Segamat pula. Waktu dan Tempat akan diupdate kemudian. 

malu.

Ok, itu sahaja untuk kali ini. bai~

Wednesday, 22 January 2014

Review Novel : Andai Itu Takdirnya | Siti Rosmizah


Okay. Mungkin aku agak lambat baca buku ni. Ni pun member bagi pinjam. Aku pun baca. Baru bab pertama dah nanggis-nanggis. Serious sedih! Sampaikan dah masuk bab terakhir pun aku masih nanggis. Memang cerita dia lain dari yang lain. Siapa yang teringin nak nanggis-nanggis bacalah buku ni. Best sangat!

Aku geram betul dengan watak Zril tu. Buta! Buku ni bukti kalau suka sangat cemburu buta buruk akibatnya. Ego. Sombong. Angkuh. Cukuplah pakej. Ei, benci aku! 

Watak Umi, kawan baik Teha, sejibik perangai aku haha. 

Teha pulak? Mangsa keadaan. Bendul pun ya jugak. Tapi orang baik, dah dijanjikan yang terbaik untuk mereka. 

Apa-apa pun, korang kena baca buku ni. 5 bintang kelip-kelip aku bagi. 


ni cerita adaptasi. tapi tak se-best novel. banyak sangat yang diolah.

Thursday, 16 January 2014

Don't Give Up. get Over It.

Assalammualaikum, Hai ^^

Minggu ni adalah minggu yang sangat gemuruh. Nervous. Sebab apa? Sebab ada Public Speaking! OMG!
PUBLIC SPEAKING?!

Ya. Dari seminggu sebelum kejadian lagi, aku dah terlalu, terlampau nervous.
"Okay, next week Public Speaking dekat Speaker Corner". Kata lecturer 207 dengan bahagianya.
Aku? T______________T kecut perut.

Ni Speaker Corner dekat UiTm Segamat. kau bayangkan, kat sinilah tempat orang jual barang, budak budak lalu nak pergi kelas, lecturer nak pergi Cafe Ibu untuk beli makan. Kadang kadang Rektor lalu, jenguk jenguk.

gambar cilok kat google.

Aku datang awal haritu, tengok kelas lain present dan sesi soal jawab. Hati masih lagi dalam keadaan nervous. Sampailah masa Speaker pertama baca doa. Terus hati rasa lega. Hilang sikit gemuruh. Tapi lain jadinya. Speaker pertama pulak yang gemuruh haha. At the end, aku yang kena ganti. Aku pulak tiba-tiba jadi speaker pertama. 

Masa tu tak fikir apa dah. Pegang microphone, kertas kat tangan. Pendrive dah cucuk, Slide dah terpasang.
Ayat pertama aku sebut, bismillah. Senyum. Senyum. Mulakan. Greet the audience. Relax. Formal tapi santai. Tajuk talk aku hari tu, Don't Give Up. Get Over It.

Aku cuba encourage audience. grab their attention with two-way communication. Idea kawan aku. Nasib baik kawan aku ni ada. Alhamdulillah. It went well. Presentation aku Alhamdulillah ngam-ngam 5-7 minit.
Q and A pun berjalan lancar. Aku tak kata grammar aku okay. Tapi Alhamdulillah. Semuanya okay.

Yang paling tak boleh blah. Punyalah aku pegang kertas kat tangan. Dari semalam dah siap tulis panjang berjela. At the end, aku tak baca pun kertas yang aku pegang tu haha. Nasib baik aku dah betul-betul prepare tajuk tu.

Aku bercita-cita nak jadi kaunselor. Aku tahu, kalau nak bercakap dalam bahasa inggeris, agak menyukarkan sebab aku tak begitu fasih. Masih banyak yang perlu dibetulkan. Aku suka motivate orang. Aku suka buat orang rasa bersemangat, happy walaupun aku sendiri banyak cacat-celanya. Syukurlah apa yang aku sampaikan tu sampai jugak kat audience.

Point tajuk aku tu, aku ambil dekat sini. Cuma aku tukar tajuk supaya nampak lebih formal. Sedikit tips untuk korang yang bakal ambil subjek IMD 207.


  1. Pakai pakaian ikut tema. Kalau cerita pasal sukan, Pakai baju sukan. Kalau Formal, pakai formal.
  2. Jangan baca kertas sangat dan jangan hafal. Be natural.
  3. Nervous? baca bismillah banyak kali. Tarik nafas, relax.
  4. Pilih topik yang santai dan tak terlalu berat.
  5. Pastikan apa yang nak dikatakan tu sampai. Jangan meleret-leret.
  6. Boleh letak video tapi jangan panjang sangat. Dan pastikan video tu proper.
  7. Ingat, Public Speaking ni bersifat education. Jaga Protokol.


Akhir sekali aku nak cakap, Don't Give Up. Get Over It. Change from 'I Give Up' to 'I'm Great'! Cuba, cuba dan terus cuba. Okay? ^^

Harap tips tu membantu. Nanti ada Persuasive Speech pulak. Aku akan kongsikan dilain entry. Bai~