Pages

Wednesday, 9 April 2014

UiTM Dihatiku.

sedihnya nak tulis entri ni.

Ehem. Assalammualaikum, Hai! :)
Semua sihat? Bagus!

Entri ini khas untuk kawan kos transport dan investment terutamanya.


Masa kat sekolah dulu, Aku seorang yang tak berapa nak perempuan sangat. Tapi lepas masuk UiTM..
Tinggal satu semester, bergaul dengan budak perempuan, tidur sebilik, mandi setandas, makan sekedai,
baru ada perubahan sedikit demi sedikit.

Ada hikmah kenapa aku dapat dekat UiTM.

Masa Orientasi dulu, aku suka bawa diri. Tak rapat dengan siapa-siapa. Sampai keliling tanya, kenapa suka seorang diri? Aku jawab, "sebab seorang diri dapat mengenal ramai lagi dari berdua."

Betul.

Aku kenal Mala dan Lin. Aku tempuhi hari-hari dekat UiTM ni dengan mereka. Mereka yang paling rapat dengan aku. Yang selalu dengar cerita aku, ketawa aku, menyakat tak sudah.

UiTM Segamat ini yang telah menyatukan kita. Buat kita lebih berdikari, belajar hidup ditempat orang.
Dari situ juga aku kenal Yana, Hajar, Hajah, Saima, Oya, Eim, dan lain-lain.

Banyak kenangan kita kat sini. Kena sangat slogan UiTM Dihatiku.
Memang tempat ini yang berada dihati kita.

Dekat sini aku belajar keluar dari kepompong aku. Jadi yang lebih baik.
Belajar jadi perempuan walau masih tak sempurna. Belajar pakai kain batik. Faham slang Sabah si Lin dan Sai.

Pergi rumah terbuka Oya. Tengok cerita Mama dengan Eim. Layan runningman. Yana yang aku psiko dia suruh beli buku Fixi dulu, sekarang dah terlebih koleksi dari aku. Sai yang selalu dengar aku bebel. Jalan pimpin tangan macam budak-budak. Korang jugak yang banyak dorong aku untuk teruskan menulis walaupun aku masih belum berkarya.


Walaupun kita semua tak sama kos. Lain kelas. Bila korang berbual pasal subjek korang dan aku diam sebab tak faham apa.

Aku pun tak pasti macam mana aku seorang je kos DIIM yang sesat dalam kumpulan ni.
sedihnya.

 Mereka yang selalu dengar masalah aku, bagi kata-kata semangat. Terima kasih banyak banyak.
Lepas ni, kita semua akan jauh. Beribu batu.

Aku harap...
Korang tak lupa kenangan kita.
Sebab, aku janji...
Aku takkan lupa memori diantara kita.
Memori ini lebih berharga dari intan berlian.

Memori ini lebih indah dari zaman sekolah.


aku harap kau tak lupa kenangan ni. teruk kau kena buli dengan aku, Yana. haha!



Mala. aku harap kau simpan video tu. 







Oya, Lin , Saima, Eim.













bai. :')
sayang korang.

Thursday, 20 March 2014

Persuasive Speech: MAKNA.



Hai, Assalammualaikum :)
Anda sihat disana?
Saya makin sihat disini.

Cewahhh. Intro, kemainn.
Baiklah. Seperti yang dijanjikan.
Its Persuasive Speech time! YAY!!

Pada hari itu, saya telah memakai baju putih, kain putih (skirt) dan tudung pink (pinjam roomate, thank you!). 
Maaf. Sila berimaginasi. Tiada Gambar untuk tatapan umum.

Semasa saya memilih MAKNA(MAJLIS KANSER NASIONAL) sebagai tajuk untuk dibebelkan, dipujuk rayu pada mereka, 
saya berada didalam keadaan yang tidak bersedia. Hari kejadian sepatutnya ada bengkel illustrator.
tetapi, last minute cancelled.
YAY ME!

Jadi dengan bahagianya, "Alah, next week jelah prepare outline semua ni..."
Next week hang!
Esok nak present, malam ni baru siap buat slide dan outline. Tak dan langsung nak download any audio.
Rugi-rugi. 

Maka dengan ini, adik-adik sekalian, janganlah dikau buat seperti kakandamu ini.
*pengsan*

Berbalik pada tajuk kita tadi, kenapa MAKNA? Sebab minggu sebelum tu telah diadakan kutipan amal untuk MAKNA. Konon dah prepare. Sekali, tidak berjaya menjiwai watak!
MAKNA sepatutnya kena bersedih. Tapi entah kenapa, hari itu saya nervous tahap maksima!
at the end? tak sampai 5 minit membebel T_T OH MENG!

Oleh yang demikian, adindaku sekalian, ini ada sedikit tips untuk menjadi pemujuk terhebat.

A. Bersedialah seawal mungkin. Jangan duk kalut!
B. Cuba menjiwai watak. *gunakan daya imaginasi
C. Outline buat betul-betul.
D. Pilih tajuk yang senang dibawa.
E. Pastikan dalam slide power point anda ada text, picture dan audio.
F. Kalau ada tester, produk, lagi bagus!
G. Pakaian jaga. Pakai ikut topik.

Sejujurnya, tajuk ini amat berat bagi hamba. Tetapi, hamba cuba juga sedaya upaya mencabar diri untuk mempersembahkannya walaupun hampir kecundang.


For online donation, please go here.
Thank you for your support.
:)

Sekian sahaja entry kali ini, babai~


p/s walaupun beta kecundang, namun... A tetap dalam tangan. *wink*




Thursday, 6 February 2014

Review Novel : Sunan Musafir | Ramlee Awang Murshid


Ini adalah episod terakhir tentang Laksamana Sunan yang aku akan rindui. Sedih. Banyak bermain dengan perasaan. Andika ni kalau pasal cinta, kemain lagi dia eh! Eh, ter-emo pulak haha.

Dekat sini noktah diletakkan. Tak sangka, mereka akan bersatu balik menentang kejahatan. Rindu aku pada bangsa Polip. 

Sunan Musafir ni banyak pasal keluarga Laksamana Sunan. Korang tahu? Lepas baca episod terakhir ni, aku tiba tiba teringin nak hidup zaman kanda, dinda. Sangat menjaga peradaban. Cinta yang mulia adalah cinta kepada Allah.

Dimana walaupun dah beruban, berkedut, cinta itu tetap wujud dengan keredaan Allah.
OMG, this is sad. And sweet. T_T

Korang bacalah sendiri. Jangan lupa, baca ikut turutan!

  1. Bagaikan Puteri 
  2. Cinta Sang Ratu 
  3. Hijab Sang Pencinta
  4. Cinta Sufi - Alaf21
  5. Sutera Bidadari 
  6. Sunan Musafir

Okay? Bai~

p/s dengar dengar dah ada pre order untuk buku Sunan Nanggroe Sang Kembara. Pulak dah.

Thursday, 30 January 2014

Review Novel : Sutera Bidadari | Ramlee Awang Murshid


Aku sememengnya dari bangku sekolah lagi sangat meminati penulisan Ramlee Awang Murshid. Hampir semua bukunya sudah aku baca diperpustakaan. Sampailah keluar novel bagaikan puteri. Kisah Laksamana Sunan. Siapa dia? Kalau nak tahu kena baca dari mula. 

  1. Bagaikan Puteri 
  2. Cinta Sang Ratu 
  3. Hijab Sang Pencinta
  4. Cinta Sufi - Alaf21
  5. Sutera Bidadari 
  6. Sunan Musafir

Dalam novel Sutera Bidadari ni, banyak sangat unexpected things happen. Geram jugaklah aku baca. Dan tak sangka, tekaan aku pasal Sang Dewi tu sangat tepat. Dan Aku menanggis masa part Raja Roman. Part yang mana? Korang kena baca sendiri. Tak nak bagitahu! haha. Suprise!

Aku harap sangat Ramlee Awang Murshid takkan berhenti menulis. Aku sangat adore penulisan dia. :))
Cepat pergi cari buku buku beliau! bai~

Friday, 24 January 2014

Talk Bersama Pelajar Pra-Diploma UiTM Larkin.

Assalammualaikum, hai semua! ^^

Semalam bersamaan dengan 23 Januari 2014, saya bersama Koordinator MDAB, Rizal dan Shafik (wakil course Transport) juga Iqbal (wakil course Investment) telah dijemput untuk berkongsi pengalaman sebagai Ex-Pra Diploma di UiTM Larkin.

Kami dengan bebesar hatinya mengikuti program ini dan berkongsikan kisah kami semasa Pra Diploma dahulu dan bercerita tentang Course diploma masing-masing untuk mengajak mereka ambil course yang sama.

Alhamdulillah, walaupun nervous-tahap-asyik-betulkan-tudung tapi semuanya berjalan lancar. Mana tak nervous, Pegawai dari UiTM Shah Alam ada. Juga beberapa lecturer dari UiTM Larkin sendiri. Dia punya nervous macam masuk pidato. Padahal tak ada apa sangat pun. Nasib baik program ni santai sahaja. Kalau tak terketar-ketar jugalah nak susun ayat baku tu. hehe.

Ada video rakaman saya beri ucapan tu tapi segan nak dikongsikan. Satu lagi ianya agak peribadi. Apa pun seronok berbual dengan adik-adik disana yang sememangnya perlukan bimbingan dari kami. Walau tak banyak, tapi harapnya apa yang dah kami sampaikan itu, berhasil walau sedikit.

Semalam Pegawai dari UiTM Shah Alam ada beri satu laman sesawang ini, dimana kita boleh menyemak kelayakan kita terarah dalam bidang apa yang ada ditawarkan.

Anda boleh semak di http://imascu.upu.mohe.gov.my . Sebarkan maklumat ini kepada adik-adik yang memerlukan.

Apa pun, terima kasih kepada Koordinator MDAB, Puan Rohani Binti Jangga, diatas kesudian beliau menjemput kami.

Ahad ini (26/1/14) akan berlangsung program bersama Pelajar Pra Diploma UiTM Segamat pula. Waktu dan Tempat akan diupdate kemudian. 

malu.

Ok, itu sahaja untuk kali ini. bai~

Wednesday, 22 January 2014

Review Novel : Andai Itu Takdirnya | Siti Rosmizah


Okay. Mungkin aku agak lambat baca buku ni. Ni pun member bagi pinjam. Aku pun baca. Baru bab pertama dah nanggis-nanggis. Serious sedih! Sampaikan dah masuk bab terakhir pun aku masih nanggis. Memang cerita dia lain dari yang lain. Siapa yang teringin nak nanggis-nanggis bacalah buku ni. Best sangat!

Aku geram betul dengan watak Zril tu. Buta! Buku ni bukti kalau suka sangat cemburu buta buruk akibatnya. Ego. Sombong. Angkuh. Cukuplah pakej. Ei, benci aku! 

Watak Umi, kawan baik Teha, sejibik perangai aku haha. 

Teha pulak? Mangsa keadaan. Bendul pun ya jugak. Tapi orang baik, dah dijanjikan yang terbaik untuk mereka. 

Apa-apa pun, korang kena baca buku ni. 5 bintang kelip-kelip aku bagi. 


ni cerita adaptasi. tapi tak se-best novel. banyak sangat yang diolah.

Thursday, 16 January 2014

Don't Give Up. get Over It.

Assalammualaikum, Hai ^^

Minggu ni adalah minggu yang sangat gemuruh. Nervous. Sebab apa? Sebab ada Public Speaking! OMG!
PUBLIC SPEAKING?!

Ya. Dari seminggu sebelum kejadian lagi, aku dah terlalu, terlampau nervous.
"Okay, next week Public Speaking dekat Speaker Corner". Kata lecturer 207 dengan bahagianya.
Aku? T______________T kecut perut.

Ni Speaker Corner dekat UiTm Segamat. kau bayangkan, kat sinilah tempat orang jual barang, budak budak lalu nak pergi kelas, lecturer nak pergi Cafe Ibu untuk beli makan. Kadang kadang Rektor lalu, jenguk jenguk.

gambar cilok kat google.

Aku datang awal haritu, tengok kelas lain present dan sesi soal jawab. Hati masih lagi dalam keadaan nervous. Sampailah masa Speaker pertama baca doa. Terus hati rasa lega. Hilang sikit gemuruh. Tapi lain jadinya. Speaker pertama pulak yang gemuruh haha. At the end, aku yang kena ganti. Aku pulak tiba-tiba jadi speaker pertama. 

Masa tu tak fikir apa dah. Pegang microphone, kertas kat tangan. Pendrive dah cucuk, Slide dah terpasang.
Ayat pertama aku sebut, bismillah. Senyum. Senyum. Mulakan. Greet the audience. Relax. Formal tapi santai. Tajuk talk aku hari tu, Don't Give Up. Get Over It.

Aku cuba encourage audience. grab their attention with two-way communication. Idea kawan aku. Nasib baik kawan aku ni ada. Alhamdulillah. It went well. Presentation aku Alhamdulillah ngam-ngam 5-7 minit.
Q and A pun berjalan lancar. Aku tak kata grammar aku okay. Tapi Alhamdulillah. Semuanya okay.

Yang paling tak boleh blah. Punyalah aku pegang kertas kat tangan. Dari semalam dah siap tulis panjang berjela. At the end, aku tak baca pun kertas yang aku pegang tu haha. Nasib baik aku dah betul-betul prepare tajuk tu.

Aku bercita-cita nak jadi kaunselor. Aku tahu, kalau nak bercakap dalam bahasa inggeris, agak menyukarkan sebab aku tak begitu fasih. Masih banyak yang perlu dibetulkan. Aku suka motivate orang. Aku suka buat orang rasa bersemangat, happy walaupun aku sendiri banyak cacat-celanya. Syukurlah apa yang aku sampaikan tu sampai jugak kat audience.

Point tajuk aku tu, aku ambil dekat sini. Cuma aku tukar tajuk supaya nampak lebih formal. Sedikit tips untuk korang yang bakal ambil subjek IMD 207.


  1. Pakai pakaian ikut tema. Kalau cerita pasal sukan, Pakai baju sukan. Kalau Formal, pakai formal.
  2. Jangan baca kertas sangat dan jangan hafal. Be natural.
  3. Nervous? baca bismillah banyak kali. Tarik nafas, relax.
  4. Pilih topik yang santai dan tak terlalu berat.
  5. Pastikan apa yang nak dikatakan tu sampai. Jangan meleret-leret.
  6. Boleh letak video tapi jangan panjang sangat. Dan pastikan video tu proper.
  7. Ingat, Public Speaking ni bersifat education. Jaga Protokol.


Akhir sekali aku nak cakap, Don't Give Up. Get Over It. Change from 'I Give Up' to 'I'm Great'! Cuba, cuba dan terus cuba. Okay? ^^

Harap tips tu membantu. Nanti ada Persuasive Speech pulak. Aku akan kongsikan dilain entry. Bai~