Pages

Tuesday, 23 August 2011

serangga terbang dalam telinga

Segamat :
berita hari ini.
seorang pelajar  perempuan uitm,segamat telah pergi ke penawar untuk mendapatkan rawatan segera dari doktor Ali  akibat dari malam semalam sesuatu telah masuk ke telinga-nya.
ouh,my prada!
apakah yang telah terjadi?
akhirnya , dia ambil keputusan untuk bertemu dengan doktor agar masalah ini dapat diselesaikan.
setelah ambil nombor giliran 1005, dia pun masuk ke bilik doktor.


doktor Ali : ye, apa masalah? (senyum mesra)
MN : doktor, tolong check telinga saya. semalam nak tido ada sesuatu masuk. dia asyik terbang dalam telinga saya.
doktor Ali : lain kali kalau ada benda masuk dalam telinga, awak cepat-cepat masukkan air dalam telinga biar dia lemas. kalau ada minyak zaitun lagi bagus.

kata doktor Ali sambil check telinga aku.
aku cuma diam kaku.

doktor Ali  : wah, ini macam..... (ayat tergantung). mata dia cantik. (senyum penuh makna)
MN : -.- ...... diam kaku.
doktor Ali  : ok, awak baring kat sini dulu. relax-kan diri.

aku hanya menuruti beliau. (dalam kepalaotak pk, jangan-lah runtuh katil ni)
doktor Ali pergi mana pun tak tahu-lah.

doktor Ali : (masukkan air dalam telinga). ok, awak relax dulu, biar dia mati lemas.
MN : diam kaku. rasa macam ada benda bergerak dalam telinga. tak sampai beberapa minit (tak tahu-lah berapa minit) serangga tu pun mati.
Nurse : ok,boleh guna tak doktor? YA ALLAH, berat benda ni. (mengangkat sesuatu)
doktor Ali : hah, ok tak tu? boleh,boleh. ok, awak tahan sikit ye. saya nak sedut air dalam telinga tu. (cakap kat aku)
MN : masih lagi diam kaku.

saat doktor ali sedut air dalam telinga tu, sampai ke gegendang telinga, aku da terjerit sakit! -.- doktor kata serangga tu dah jauh kat gegendang. tapi dah mati, jadi takde hal-lah.

semua-nya selesai dalam 15 minit kot. bayang-kan aku g penawar pukul 8.46. balik pukul 9.35.
sakit kot telinga aku. aku ada tanya doktor Ali, batal ke puasa aku? dia kata tak. skang ni inject masuk air pun tak batal puasa. alhamdulillah. banyak pulak ubat yang dia bagi tadi. dan kata-nya lagi, baru minggu lepas ada budak datang kes sama macam aku. haha. -.-

so, lepas ni kalau korang pulak yang kena, sekurang-kurang-nya dah ada tips kat sini untuk mengatasi-nya.



p.s kalau tak bertindak pantas, serangga tu boleh gigit gegendang telinga kau -.-

Thursday, 11 August 2011

siapa Myera Nyera?


pada awal pembabitan aku kat dunia blog ni, aku guna nama Myera Neva. yang kebetulan dekat mblog.com aku guna nickname Nevqhqveheqrt. tapi lepas tu, asyik bertukar-tukar. sampai kat uitm pun nama aku masih lagi bertukar. walaupun aku agak selesa dengan nama MM. tapi selepas aku lalui sem ni, aku semakin janggal bila semua orang mula panggil nama sebenar aku. Myera aku tak kisah lagi. yang Nyera tu. -.- sampai-kan lecturer math aku sem lepas yang tak pernah alert nama penuh aku siapa, tiba-tiba sem ni panggil nama penuh aku. aku rasa dia stalk jugak blog aku sebab dia macam tahu jek aku tak sukee orang panggil nama penuh aku -.-

tapi oleh sebab keadaan sem ni, dah jadi macam ni, aku macam dah ter-biasa pulak. haihh. ape dah jadi ni?
well, mungkin ini yang dikata-kan satu penerimaan untuk permulaan. walaupun agak lambat tapi aku sendiri macam dah jumpa identiti aku untuk blog ni.

so, sebagai permulaan, aku nak kenal-kan diri aku, bukan lagi sebagai MM, tapi kini sebagai MN.

Myera Nyera, adalah seorang gadis yang hyper-active. beliau merupa-kan pelajar pra-diploma repeat pada sem ini di uitm,segamat. cara berpakaian-nya yang sempoi dan tak pernah tinggal-kan kasot sport-nya yang kini sudah koyak, diganti-kan dengan kasot all america pemberian cik gedik semata. :)
bagi yang tak mengenali diri-nya, dia seorang pendiam dan sangat sombong (kat luar). tapi yang dah kenal, beliau seorang yang manja sampai-kan akak senior kat bilik tak percaya yang beliau ni anak sulung -.- (so weird). selain itu, beliau tidak sukee coklat yang menjadi desert bagi perempuan-perempuan diluar sana -.-
untuk pengetahuan anda, beliau sangat gemar memakai pakaiaan hitam yang lebih safe tak perlu nak meleweh sangat. dan kalau ada hari-hari tertentu anda nampak beliau pakai warna lain selain hitam itu bermakna, beliau ingin-kan sesuatu yang dapat memberi-kan semangat dalam diri beliau.
yang paling penting anda perlu tahu, beliau seorang perempuan yang ber-umur 19 tahun. :)


sekian, terima kasih aa ^^,

Wednesday, 10 August 2011

ini nama-nya blogger baru nak naik


kita selalu follow blog-blog baru jugak-kan? jom lah, cuci kaki masuk blog my twin kat campus uitm ni.
heyy,
twin.
cantik header, :)
maceh!
^^,
p.s kelik gambar.

rambut kasar adalah rambut sihat

ingat tak lagi iklan sunsilk yang femess kat tv3 tu?
mungkin selepas korang tengok iklan tu mesti korang sangat bangga kan dengan rambut korang yang kejung kasar tu. padahal, korang tak tahu antara masalah memiliki rambut kasar aka free hair ni. ape dia?




angin tiup sepoi-sepoi bahasa

lupekan. tolongla. korang tahu tak tiap kali korang naik bas dan memilih untuk duduk sebelah tingkap mahupun berdiri dibelakang awek atau balak. rambut korang akan mengganggu perhatian orang lain. macam mana?

macam ni. kekasaran rambut korang tu, ditiup angin dan pasti-nya rambut korang terkena pada rakan sebelah yang duduk dengan korang. yang kebetulan awek bertudung. mungkin sebab nak jaga hati kawan, dia memilih untuk berdiam diri walaupun mata, muka dia sakit terkena libasan rambut korang tu!


mesti-lah korang yang tak bertudung mati-matian akan cakap, ala , takpe, i ada kereta. hahahahaha gelak tak berapa nak ikhlas hari nie korang boleh-lah terus berlagak dengan gaya free hair korang tu. esok,lusa?



habis takkan semata-mata nak jaga hati kawan i nak kena bertudung? hipokrit-nya!

habis masa kau berhadapan dengan tuhan tu tak hipokrit ke? depan dia kau bertelekung segala bagai. tapi depan sedara-mara se-islam kau? kau ibarat bogel kat tengah jalan. kau tahu tak solat tak sempurna tanpa menutup aurat? lagipun, menutup aurat ni menampak-kan diri kau wahai awek tak bertudung, lebih sempurna.

macam mana?

kau tak perlu beli baju mahal-mahal , ketat-ketat, sendat-sendat, jarang-jarang yang harga dia berpuluh, ratus segala bagai tu hanya semata-mata nak menutup aurat. bukan lelaki jek pandang serong, kaum kau pun pandang senget jek. menutup aurat ni mudah. buat ape kau nak complicated-kan benda mudah ni?


malaysia so hot!

kau ingat ni luar negara nak cold segala bagai? kalau nak cold kat dunia, pi duk luaq negara nuh. hah! kat situ hang tak nak pakai baju pun tak pa aih. mat salih pandang normal ja.
paling tidak pun dia pikiaq hang tu salah seorang kaum dia. boleh ajak ber-soSIAL.
hang mau lagu tu ka? satu lagi fakta , bukan ke rambut kalau terlalu lama terkena sinaran matahari boleh rosak? ala, i kan student, duk dalam kelas aircond-lah. ha'ah, tak cukup zat rambut kau tu. bertudung-kan boleh melindungi rambut kau dari terkena sinaran matahari. :)

potongan rambut V

bukan ke dalam islam dah melarang. kenapa masih buat? hah-lah, aku akui jugak, cantik. tapi kat dunia ja. nak buat apa? saja , fesyen. niat hang tu dah pi melangut ke mana? apesal entri aku jadi loghat utara ni -.- sorry


rambut i kena tarik, tolong!!

ni kisah benar, aku pernah naik bas dan terpaksa berdiri selama lebih kurang sepuluh minit. oleh kerana bas tu tak ada pemegang yang duk hanyun kiri kanan tu, aku terpaksa berpaut pada kerusi. berpaut? -.-
nak di jadi-kan cerita, awek yang duk kat kerusi tu, tak bertudung. rambut pendek beb!
tapi aku tak sengaja tertarik gara-gara rambut dia atau kepala dia terlalu dekat dengan kerusi tu. nasib aku baik tak kena marah sebab aku jenis dah buat salah cepat-cepat mintak maaf. tapi dalam hati berdoa jugak lah dia pakai tudung lepas ni.


korang nampak tak ape yang aku cuba sampai-kan? bayang-kan kalau situasi yang sama berlaku tapi pada awek bertudung, sekurang-kurang-nya rambut dia selamat dowh! tak sakit kot kalau tertarik tudung dia. see?



entri ni sepatut-nya di-post pada 28 julai tapi oleh kerana laptop aku mati tetiba, terpaksa tunda. selamat membaca dan terima kasih.

^^,